Jentera Ducati Panigale V4 R akan dikurangkan sebanyak 250 RPM dalam kejohanan WorldSBK 2019. Honda CBR1000RR pula akan mendapat tambahan 500 RPM. Ducati dan Kawasaki juga tidak dibenarkan untuk melakukan penambahbaikan enjin pada jentera mereka.
Tag: World Superbike Championship 2019
Alvaro Bautista dan Ducati telah meneruskan dominasi mereka dengan memenangi ketiga-tiga perlumbaan pada hujung minggu ini di Litar Buriram di Thailand. Ini menjadikannya enam kemenangan dari enam buah perlumbaan setakat ini. Juara bertahan, Jonathan Rea merupakan saingan paling sengit Bautista namun tidak mampu mengatasinya.
Alvaro Bautista dan jentera Ducati Panigale V4 R baharu telah mendominasi lapangan WorldSBK 2019 dalam perlumbaan pembukaan di Phillip Island, Australia. Dia berjaya menamatkan perlumbaan dengan perbezaan masa sebanyak 14.9 saat di hadapan Jonathan Rea. Terdapat empat pengeluar berbeza mengisi lima tempat teratas perlumbaan ini.
Pasukan Kawasaki Racing Team WorldSBK telah memperkenalkan barisan penunggang mereka bagi tahun 2019 untuk kejohanan World Superbike Championship. Barisan penunggangnya terdiri daripada juara empat kali, Jonathan Rea dan penunggang baharu, Leon Haslam. Musim baharu akan bermula pada minggu hadapan di Phillip Island, Australia.
BMW Motorrad akan kembali ke siri perlumbaan World Superbike Championship (WorldSBK) 2019. Pengeluar tersebut akan mempertaruhkan jentera BMW S 1000 RR 2019. Tom Sykes dan Markus Reiterberger dinamakan sebagai penunggang pasukan.
Model Ducati Panigale V4 RS19 2019 telah diperkenalkan secara rasmi di EICMA 2019. Sebelum ini ia telah membuat kemunculan sewaktu pusingan WorldSBK di England. Model Panigale V4 RS19 adalah jentera khusus untuk perlumbaan dan tidak disediakan untuk orang awam.
Kejohanan World Superbike Championship (WorldSBK) 2019 akan menampilkan tiga buah perlumbaan pada setiap pusingan. Pihak penganjur akan menambah ‘sprint race’ untuk Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2. Perlumbaan tambahan ini sudah pasti akan memberikan lebih pendedahan pada siri perlumbaan ini.