Sembilan Remaja Merempit Berkonvoi ke Dungun Ditahan

Tindakan sekumpulan remaja menunggang motosikal secara berbahaya sewaktu berkonvoi untuk bersiar-siar di Pantai Sura, Dungun menerima padah apabila ditahan polis pada kelmarin. Mereka diekori sepasukan polis sejauh kira-kira 29 kilometer dari Kampung Jambu Bongkok di sini sebelum ditahan di Jalan Pantai Sura, Dungun. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, sembilan…

Hukuman Lebih Berat Menanti Mat Rempit

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mempertimbangkan hukuman yang lebih berat terhadap pelumba motosikal haram atau ‘mat rempit’ susulan kedegilan golongan itu yang suka menjadikan jalan raya sebagai litar lumba sehingga menyebabkan kematian. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli perkara tersebut akan diputuskan dalam masa terdekat. “Kita telah mendapat arahan daripada…

Tak Puas Hati Info Peribadi Tersebar, ‘Influencer’ Buat Laporan Polis

Belum habis isu Haqiem Stopa dijemput untuk memberi ceramah motivasi di sekolah, timbul pula isu tular lagi, dengan tersebarnya gambar menunjukkan sekeping kertas saman yang menunjukkan kesalahan memandu tanpa lesen. Haqiem sudah pun mengaku kesilapan tersebut dan bersedia menanggung akibatnya. Dia juga menjelaskan bahawa dia disaman kerana tiada lesen memandu kereta, bukan tiada lesen motosikal….

Iklan Diskaun Saman 50% Disahkan Palsu

Polis telah mengesahkan iklan promosi tawaran saman hingga 20 Julai yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp adalah palsu. Setiausaha Polis, Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, iklan itu yang mempromosikan tawaran 50% diskaun saman PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut memaparkan nombor individu yang boleh dihubungi bagi mendapatkan diskaun tersebut. “Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu yang…

Kemalangan Motosikal Mungkin Akibat Lumba Haram – PDRM

Polis tidak menolak kemungkinan kemalangan melibatkan beberapa buah motosikal di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, yang mengorbankan empat nyawa mempunyai kaitan dengan aktiviti lumba haram. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Sophian Santong berkata, Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut berkata, setakat ini tujuh mangsa dikenal pasti terlibat dalam…

Tiada Lesen B ‘Full’, ‘Rider’ Benelli TRK 502 Antara Disaman

Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi disaman ketika Ops Khas Motosikal (HRAA) 2022 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setelah didapati tidak memiliki lesen kelas B (penuh). Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, dalam operasi tersebut, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditahan bersama isteri semasa dalam perjalanan menikmati makan malam di George Town dari Sungai Petani,…

Pemandu BMW Punca Kemalangan Babit Bayi 4 Bulan Tampil Beri Keterangan

Pemandu BMW 330E yang didakwa melarikan diri selepas mengakibatkan kemalangan membabitkan bayi empat bulan pada Isnin sudah tampil memberi keterangan. Ketua Polis Muallim Hasni Mohd Nasir berkata, pemandu berusia 30 tahun itu tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak semalam dan diminta hadir ke IPD Muallim bagi membantu siasatan kes. “Lelaki itu…

Padah Cuba Merasuah Polis RM200, Lelaki Ditahan

Seorang lelaki telah cuba untuk menyogok seorang anggota polis dengan wang tunai RM200 dan akibatnya telah diberkas di Kemaman. Dia telah cuba memberi rasuah itu sebagai dorongan melepaskan diri daripada pemeriksaan. Suspek berusia 41 tahun yang berasal dari Pekan, Pahang tersebut didakwa melakukan perbuatan tersebut pada pukul 4.10 petang. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan…

Akibat Cemburu, Motosikal Kekasih Bekas Isteri Dibakar, 34 Motosikal Hangus

Cemburu terhadap hubungan bekas isteri dengan salah seorang pemilik motosikal disyaki punca  suspek bertindak membakar motosikal milik mangsa yang diparkir di bawah Blok G, PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil. Tindakan membakar salah sebuah motosikal itu menyebabkan 34 buah motosikal pelbagai jenis yang berada di lokasi turut hangus terbakar.  Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad…