Bengkel Kena Serbu, Pemilik Kecewa Motosikal ‘Parking’ Turut Kena Tindakan

Baru-baru ini pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang telah melakukan operasi di Georgetown, Pulau Pinang dengan membuat pemeriksaan terhadap lima buah bengkel motosikal. Hasil daripada pemeriksaan itu, pihak JPJ Pulau Pinang dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), sebanyak 66 saman telah dikeluarkan. Antara…

10 “Superman” Dicekup, Masuk Lokap

Samseng jalanan yang membuat aksi “superman” di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), telah ditahan semalam (Ahad) dalam Operasi Khas Samseng Jalanan sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bermula jam 12.40 tengah malam. Menurut laporan Sinar Harian, tangkapan pertama membabitkan empat penunggang berusia 17 hingga 20…

Tiada Lagi Aktiviti Rempit di Pulau Pinang – Polis

Polis Pulau Pinang mengesahkan tiada aktiviti lumba haram membabitkan pelesit rempit terutama pada malam hujung minggu di kawasan panas yang dikenalpasti di seluruh negeri susulan pemantauan berterusan agensi terbabit. Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, sejak tiga minggu lalu pihak polis mendapati peratusan aktiviti membabitkan lumba haram oleh kumpulan bermotosikal telah menurun dengan…

Mekanik Maut Dirempuh Trak Pikap Langgar Lampu Merah

Seorang mekanik tercampak sejauh 20 meter apabila dirempuh sebuah trak pikap yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan lampu isyarat Padang Layang, Jalan Salor – Pasir Mas. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.25 petang itu, mangsa, Mohamad Zulkifli Zakaria, 59, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada dada…

Penunggang Kebanyakkannya Tidak Menggunakan Laluan Motosikal

Penunggang tidak menggunakan laluan motosikal antara kesalahan tertinggi dicatatkan menerusi operasi bersepadu yang dijalankan di Lebuhraya Koridor Guthrie (Guthtie). Operasi bersepadu yang bermula kira-kira jam 10.30 pagi ini dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi lain. Ketua Polis…

Gadis 16 Tahun Lari Ikut Mat Rempit, Ibu Minta Bantuan

Orang ramai khususnya penduduk di Batu Pahat diminta membantu mencari seorang remaja perempuan yang dipercayai melarikan diri dari rumahnya bersama seorang lelaki dengan menunggang motosikal. Siti Azizah Mohd. Mazlan, 40, berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu iaitu Norshahzrin Shahzwani Mohd. Hafiz, 16, disedari hilang ketika mahu mengejutkannya untuk pergi ke sekolah pada pukul 5 pagi, 11…

Denda Sehingga RM10,000, Hukuman Penjara bagi Pelumba Haram

Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dipinda dengan hukuman lebih berat bagi membanteras kegiatan lumba haram terutama melibatkan mat rempit yang membahayakan nyawa mereka serta pengguna jalan raya yang lain. Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak berkata, antara cadangan pindaan itu adalah kadar minima saman kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam kegiatan mat…

300 Kemalangan Motosikal Setiap Hari

Seramai 6,889 individu telah ditahan menerusi Op Samseng Jalanan di seluruh negara sejak 2020 hingga Jun tahun ini. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata negeri Johor mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi diikuti Kuala Lumpur, Selangor serta Kedah. Beliau berkata, hampir 300 kemalangan motosikal berlaku setiap hari di negara ini…