Motosikal MV Agusta Brutale 1000 Serie Oro 2019 ini merupakan model super naked paling berkuasa dengan 205hp. MV Agusta telah berusaha bagi mengurangkan geseran dalam enjin dan mengurangkan beratnya. Hanya 300 unit yang akan dibina.
Tag: MV Agusta
Edisi terakhir bagi motosikal superbike F4 telah pun dikeluarkan dalam bentuk model MV Agusta F4 Claudio 2019. Dilengkapi dengan bahagian buatan karbon fiber dengan kemasan berwarna emas, model F4 Claudio mampu menghasilkan 212hp dan 115Nm tork. Hanya 100 unit akan dijual dengan tanda harga $83,000 (RM345,280) untuk pasaran Amerika Syarikat.
Musim acara pameran motosikal telah bermula untuk tahun ini. Pelbagai pengeluar telah mempersembahkan model terbaru mereka sebelum bermulanya pertunjukan-pertunjukan ini. Namun, ada banyak lagi yang masih belum diperkenalkan.
Motosikal MV Agusta Dragster 800 RR Pirelli adalah sebuah model edisi terhad. Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri yang memberi hormat kepada pengeluar tayar terkemuka dari Itali tersebut. Tiada sebarang berita mengenai jumlah yang akan dikeluarkan dan harganya.
Demak (DNC Asiatic) kini telah memasuki fasa ‘receivership’ apabila Maybank cuba mendapatkan semula hutang yang telah mereka berikan. Ianya kini diketahui bahawa dua orang pengarah serta pengurus besar kilang di banting tidak dapat dikesan. Demak telah mengaut keuntungan sejak lima tahun yang lalu, walaupun memiliki beberapa buah liabiliti.
MV Agusta telah melancarkan model MV Agusta Turismo Veloce Lusso SCS 2018 yang terkini dan didatangkan dengan sistem klac automatik. Dengan ciri “Smart Clutch System”, motosikal ini mampu mengaktifkan dan menyahaktifkan klac secara automatik bergantung kepada kemampuan rev enjinnya. Ringkasnya, sistem SCS ini membolehkan penunggang untuk berhenti dan memulakan perjalanan semula tanpa menyentuh klac.
MV Agusta telah memperkenalkan MV Agusta Brutale 800 RR LH44 edisi terhad terkini mereka. Ini merupakan motosikal edisi terhad ketiga mereka yang mana mereka telah berkerjasama dengan juara Formula One, Lewis Hamilton. Motosikal Brutale 800 RR LH44 2018 dilengkapi dengan pengemaskinian gaya yang baharu menggunakan karbon fiber, billet aluminium, dan skema warna baru.