Membina motosikal buatan khas tidak semesti bermakna anda seharusnya ‘membogelkan’ motosikal kesayangan anda. Konsep ini telah didemonstrasi di sini oleh binaan BikeBiz ini, BMW R nineT Sun Kist. Satu pilihan yang menarik buat para pemilik BMW R nineT dan R NineT Racer.
Tag: motosikal buatan khas
Pertandingan motosikal buatan khas paling menaik menarik di Malaysia yang bergelar Bakat Besi telah kembali dan sedia untuk mempamerkan hasil mereka. Pembina dan pengkhusus motosikal yang berbakat dari seluruh negara telah membina motosikal buatan khas mereka sejak beberapa bulan yang lalu. motosikal-motosikal Modenas Pulsar RS200, NS200, dan V15 yang dikhususkan telah sedia untuk diperagakan.
Alpinestars baru-baru ini telah menyambut ulang tahun ke-55 mereka pada hujung minggu lalu dengan sebuah motosikal buatan khas ulang tahun ke-55 Alpinestars. Motosikal buatan khas itu telah dibina oleh Michael Wooloway dari Woolies Workshop di California. Dijana oleh enjin jentera perlumbaan Ducati 750 Sport 1974, beserta dengan komponen-komponen berilhamkan MotoGP yang lain yang telah digunakan…
Jack Watkins adalah orang yang bertanggungjawab di atas pembinaan motosikal buatan khas, Watkins M001. Pensyarah dengan ijazah PhD dalam rekabentuk mekanikal di Gdansk University of Technology ini mengambil masa selama empat tahun untuk merekabentuk bahagian hadapannya sahaja. Penjana keajaiban teknologi ini adalah sebuah enjin BMW R 1150 RT dari tahun 2002.
Presiden Republik Indonesia baru sahaja memperolehi sebuah motosikal buatan khas Royal Enfield semalam. Motosikal chopper buatan khas janaan enjin 350cc Royal Enfield itu telah dibina oleh Elders Garage dari Indonesia. Ianya telah diinspirasikan daripada sebuah filem pendek separa dokumentari tempatan bertajuk “Chopperland”.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Motosikal Bone-X, hasil karya Eastern Bobber bakal mewakili Malaysia di AMD World Championship of Custom Bike Building di pertunjukan Intermot lewat tahun ini. Kami telah mendapat peluang berjumpa dengan Encik Omar jumiran bagi melihat serta menangkap gambar motosikal tersebut dengan lebih dekat. Ikuti laman kami di mana kami akan…