ads

Menangi Honda C70 600cc Buatan Khas Di Art of Speed Malaysia 2018!

  • Art of Speed Malaysia 2018 bakal menggegarkan kita pada 28 dan 29 Julai 2018 ini dan seorang pemenang bertuah bakal membawa pulang sebuah motosikal Honda C70 600cc buatan khas!
  • Diberi nama “Papa Jahat”, model ikonik C70 tersebut telah dilengkapkan dengan sebuah enjin satu silinder 600cc dari sebuah jentera Honda XR600R.
  • Jentera yang menakjubkan ini akan menjadi hadiah utama hari Ahad manakala hadiah cabutan bertuah hari Sabtu pula merupakan lawatan ke Jepun!

Terdapat pelbagai jenis motosikal ikonik di seluruh dunia yang telah mengecapi status legenda, dan model Honda C70 adalah salah sebuah yang pertama di Malaysia yang memulakan kegilaan terhadap motosikal Supercub. Bagi Art of Speed Malaysia 2018, mereka telah menggunakan ‘otai’ kapchai ini dan membawanya ke satu aras yang baharu.

Bagi mereka yang sudah biasa dengan Art of Speed Malaysia dan pesta mega tahunan mereka, anda pasti sudah sedia maklum yang mereka suka menghadiahkan pelbagai barangan, dan sebahagian daripadanya adalah jentera buatan khas istimewa yang menakjubkan dan cukup ranggi sekali, yang mana anda tidak akan boleh mendapatkannya di mana-mana sekalipun.

Bagi festival tahun ini yang akan berlangsung pada hujung bulan ini (20 dan 29 Julai 2018), mereka telah memutuskan untuk kembali ke zaman dahulu, tetapi, dengan satu penambahbaikan yang besar. Hadiah utama pada hari Ahad acara tersebut adalah sebuah motosikal Honda C70 buatan khas yang dilengkapkan dengan sebuah enjin empat lejang, satu silinder, 600cc yang diperolehi daripada motosikal Honda XR600R!

Gabungan antara motosikal Honda C70 GBO-J dengan Honda XR600R ini telah menghasilkan sebuah jentera yang diberi nama Honda C600R, atau juga dikenali dengan nama gelaran “Papa Jahat”. Majlis pelancaran rasmi pertamanya telah diadakan pada malam semalam di Beautiful Machines yang terletak di tengah-tengah Sunway, dan mendengar sendiri bunyi deruan si buas ini cukup mengujakan sekali.

Keseluruhan kerja utamanya telah dijalankan oleh Mohamad Irwann Bin Mohd Azlan, atau lebih dikenali sebagai ‘Cheng’, dari FNG Works, Ipoh, Perak. Motosikal ini dibina dengan rupa parasnya dikekalkan seasli yang mungkin (kecuali untuk penjana gergasi satu silinder 600cc yang dirumahkan dalam kerangka kecilnya itu).

Bagi memastikan motosikal ini mampu menanggung beban beratnya, kerangkanya telah dikhususkan dan diperkuatkan lagi, dan pada masa yang sama, mengekalkan rupa paras standardnya. Lengan ayun dan fork telah diperkemaskini bagi menangani kuasa dan beratnya yang baharu itu.

Segala kelengkapan elektrikal, bahanapi, ekzos, suspensi, pencahayaan, kawalan kaki dan tangan, aci pandu, pelana, dan tangki bahanapi (yang telah diterapkan dalam kerangkanya itu!), ke semuanya telah dihasilkan khas bagi jentera Honda C600R ini. Jentera ini mungkin tampak seperti mana-mana C70 yang lain, tetapi, di sebalik rupa paras standardnya, tersembunyi kuasa yang cukup mengagumkan!

Kos keseluruhan untuk membina jentera ganas ini adalah di sekitar RM45,000 (setakat ini) dan tiba 29 Julai nanti, seorang pemenang bertuah bakal membawa pulang jentera hebat ini. Pada 28 Julai, Art of Speed Malaysia 2018 juga akan menghadiahkan lawatan ke Jepun bagi menghadiri satu acara motosikal terkemuka di sana, jadi, kunjungilah pesta keraian “ol-skool” dan “kustom kulture” ini untuk kedua-dua hari 28 dan 29 Julai 2018 ini!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Art of Speed Malaysia 2018, layarilah laman Facebook rasmi Art of Speed Malaysia.

Sebab-Sebab Utama Mengapa Art of Speed Malaysia 2017 MENGAGUMKAN

Leave a Reply