Penunggang baru MotoGP 2017 Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) dengan pantas menarik minat ramai dalam tiga pusingan pertama musim ini. Susulan permulaan yang hebat di Qatar dimana dia mendahului perlumbaan sebelum terbabas, Zarco menamatkan GP Argentina dan GP Amerika di kedudukan kelima. Penunggang berusia 27 tahun itu sedang berusaha untuk mengemudi jentera…
Tag: MotoGP
Baru-baru ini Danny Kent telah mengumumkan keberangkatannya dari pasukan Moto2 Kiefer Racing kerana kesukaran yang berpanjangan semenjak kemunculannya di Moto2 musim lepas. “Ia merupakan satu masa yang sukar sejak menyertai pasukan ini dan saya tidak rasa yang saya boleh capai potensi saya, jadi saya memutuskan untuk menarik diri.” “Ia mematahkan hati saya sebagai seorang manusia…
Dalam beberapa tahun sekali, BMW Motorrad akan mengagumkan dunia dengan mahakarya kejuruteraannya, dan mereka sekali lagi telah berjaya melakukannya dengan keajaiban kejuruteraan terkini mereka, BMW HP4 Race.
Dainese menerima tiga Anugerah Rekabentuk Red Dot di bawah kategori Rekabentuk Produk 2017 untuk rekaan Mugello R D-air® sut perlumbaannya, helmet AGV Pista GP R-nya dan produk perlindungan terbaru Pro-Armor. Mereka juga telah dianugerahkan ‘Excellence of the Year/Innovation and Leadership’ dari Aungerah Le Fonti dalam kategori Pakaian Perlindungan Teknologi Tinggi.
Dorna Sports telah mengumumkan bahawa Michelin akan menjadi penaja utama bagi pusingan MotoGP Australia. Yang kedua dalam tiga perlumbaan ‘flyaway‘ di Phillip Island akan diadakan pada 22 Oktober 2017. Australian GP adalah salah satu antara perlumbaan yang paling mengujakan dalam kalendar Motocycle Grand Prix.
Pusingan MotoGP kedua menyaksikan satu lagi kemalangan yang melibatkan Andrea Dovizioso yang disebabkan oleh penunggang lain. Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team Gresini) telah menyebabkan Dovizioso terbabas apabila dia cuba untuk memotong namun telah hilang kawalan bahagian depannya semasa cubaannya itu. Walaupun jelas Espargaro bersalah dalam hal ini, Dovizioso mengecam Danilo Petrucci kerana menunggang secara semberono…
Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) menang lagi yang menjadikan beliau sebagai pelumba pertama dari Yamaha selepas Wayne Rainey pada 1990 untuk menang kedua-dua pusingan awal.
Vyrus 986 M2 Versi Jalanan 2017 dinilai pada harga €37,940 untuk motosikal lengkap dan €27,930 kit motosikal jalanan. Dikuasakan oleh enjin Honda CBR600RR, motosikal ini juga dilengkapkan dengan alatan dan teknologi yang diambil terus dari WorldSBK dan MotoGP. Teramat Terhad dengan hanya 50 unit seluruh dunia.
Musim MotoGP secara rasminya bermula pada hari ini dengan kesemua pasukan bersedia untuk berentap bila tibanya hari Ahad ini. Para penunggang, pasukan dan kru telah bersedia di Qatar untuk pusingan pertama dalam salah satu perlumbaan motosikal paling berdaya saing seluruh dunia di Litar Antarabangsa Losail. Kebanyakkan penunggang utama telah berkumpul untuk sidang akhbar pertama bagi…