Jorge Lorenzo telah mempamerkan penunggangan yang penuh bergaya bagi memenangi MotoGP Catalan 2018. Marc Marquez telah mendahului perlumbaan buat seketika sebelum diambil alih oleh bakal teman sepasukannya untuk musim 2019. Valentino Rossi menamatkan perlumbaan di tempat ke-tiga buat kali ketiga berturut-turut.
Tag: MotoGP
Jorge Martin akan berpindah ke Moto2 pada tahun hadapan setelah menandatangani satu perjanjian baru dengan pasukan Red Bull KTM Ajo. Penunggang berusia 20 tahun dari Sepanyol itu akan menggantikan Miguel Oliveira yang akan berpindah ke kelas premier. Martin pada waktu ini berada di tempat kedua dalam tangga kejuaraan dunia Moto3 2018 dengan perbezaan 3 mata…
Sebuah patung Nicky Hayden telah didirikan bagi memperingati juara dunia MotoGP 2006 yang telah pergi meninggalkan kita. Setahun telah berlalu sejak legenda MotoGP ini telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika satu latihan di Itali. Patung itu dihasilkan atas tempahan bandar Owensboro, Kentucky dan keluarga Hayden.
Penunggang semasa bagi pasukan Pons HP40 Racing, Hector Barbera, telah dipecat setelah sabit kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol. Penunggang berusia 31 tahun itu telah didapati melakukan kesalahan memandu melebihi had di Sepanyol pada minggu lalu dan telah dikenakan larangan memandu selama satu tahun. Perpisahan antara bekas penunggang MotoGP dan pasukan Pons HP40 Racing itu…
Perlumbaan motosikal sering kali menampilkan pelumba yang berpewatakan yang amat menarik. Apabila para pelumba ini bertentangan antara satu sama lain, ianya sudah pasti akan mencetuskan persaingan yang sama hebatnya. Perseteruan sebeginilah, di samping faktor-faktor yang lain, membuatkan perlumbaan motosikal ini amat menarik untuk ditonton.
Penunggang MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin akan terus bersama dengan pasukan Tech 3 bagi musim 2019. Pembaharuan kontrak selama satu tahun itu akan menyaksikan Hafizh bertukar ke jentera pengilang KTM bagi musim hadapan. Hafizh kini berada di kedudukan teratas di kalangan penunggang rookie musim ini.