Bagi yang masih belum keluar dari gua gara-gara bimbang dijangkiti Covid-19, alat yang diberi nama ‘holeshot 2.0’ ini diperkenalkan tahun lalu oleh Ducati menerusi jentera GP19 Jack Miller. Berfungsi dengan merendahkan bahagian belakang agar dapat meningkatkan cengkaman di samping mengurangkan situasi tayar depan terangkat, penggunaan ‘holeshot 2.0’ kini turut diuji Yamaha dan bakal diguna…
Tag: MotoGP
Rata-rata netizen bersetuju agar Litar Antarabangsa Sepang menganjurkan dua kali MotoGP musim ini. Cadangan itu dikemukakan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC),Dato Razlan Razali menerusi undian yang dijalankan menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya. Setakat ini, lebih 768 undian telah pun diterima dengan 95 peratus bersetuju agar Sepang menganjurkan MotoGP dua kali musim ini….
Perlumbaan penuh bermakna berlangsung di Litar Losail, Qatar, apabila aksi Moto2 menyaksikan Tetsuta Nagashima merekodkan kemenangan sulung bersama Red Bull KTM Ajo. Aksi pertama musim ini menyaksikan ketiadaan kelas premier susulan Qatar mengenakan kuarantin 14 hari bagi setiap pengunjung luar susulan penularan wabak Covid-19. Aksi di Losail sekaligus terarah ke saingan Moto2. Meskipun bergelut ketika…
Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Racing, Xavi Vierge dan Jake Dixon sedia memulakan kempen Moto2 2020 di Litar Losail, Qatar hujung minggu ini. Saingan Moto2 bakal menjadi tumpuan utama minggu ini tatkala aksi kelas premier MotoGP dibatalkan disebabkan kerajaan negara itu mewajibkan setiap pengunjung luar untuk dikuarantin sehingga 2 minggu susulan penularan wabak Covid-19. Bagaimanapun, Vierge…
Kerajaan Thailand turut membuat keputusan membatalkan pusingan kedua MotoGP di Buriram susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19. Keputusan itu disahkan sendiri Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan, Anutin Charnvirakul selepas sesi mesyuarat bersama badan penganjur, hari ini. “Langkah untuk membatalkan GP Thailand 2020 di Buriram perlu susulan penularan wabak Covid-19. Ini bagi membuktikan komitmen Thailand dalam…
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin akhirnya mampu menarik nafas lega apabila mendapat suntikan penajaan menjelang pembukaan tirai MotoGP musim ini. Tajaan daripada UMW Grantt International Sdn Bhd itu menyaksikan jumlah kutipan tajaan Hafizh kini telah pun mencapai 60 peratus sebelum aksi MotoGP buka tirai 6 hingga 8 Mac ini di Qatar. Bagaimanapun, menurut laporan Bernama,…
Ujian pra-musim di Litar Losail, Qatar yang telah pun berakhir Ahad lalu menyaksikan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT) meneruskan aksi konsisten menjelang pembukaan tirai MotoGP, 8 Mac ini. Fabio Quartararo yang melakar masa terpantas dalam ketiga-tiga hari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) meneruskan kecemerlangan bersama rakan sepasukan Franco Morbidelli. Ketika hari terakhir ujian, Morbidelli…
Ketika ujian pra-musim MotoGP membuka tirai di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) awal bulan ini, Repsol Honda gagal menempatkan diri dikalangan tiga terbaik bagi ketiga-tiga hari. Tatkala ramai pihak mendakwa Marc Marquez masih bergelut dengan kecederaan namun selepas sesi ujian di Litar Losail, Qatar, kem Repsol Honda mula gemuruh. Marquez sendiri mengakui dia tidak gusar dengan…
Aleix Espargaro meluahkan rasa kecewa terhadap rakan sepasukan Aprilia MotoGP, Andrea Iannone, dan melabelkan pelumba itu sebagai ‘kurang ajar’ ketika ujian pra-musim di Litar Losail, Qatar. Iannone medakwa jentera serba baharu pasukan itu, RS-GP20 lahir dengan input dari dirinya. “Ini merupakan antara jentera yang paling cantik di MotoGP. Kami telah mengambil segala langkah penting untuk…