Moto2:Tetsuta Nagashima Lakar Sejarah Bersama Red Bull KTM Ajo

Sumber: Red Bull KTM Ajo @ Twitter

Perlumbaan penuh bermakna berlangsung di Litar Losail, Qatar, apabila aksi Moto2 menyaksikan Tetsuta Nagashima merekodkan kemenangan sulung bersama Red Bull KTM Ajo.

Aksi pertama musim ini menyaksikan ketiadaan kelas premier susulan Qatar mengenakan kuarantin 14 hari bagi setiap pengunjung luar susulan penularan wabak Covid-19.

Aksi di Losail sekaligus terarah ke saingan Moto2.

Meskipun bergelut ketika sesi kelayakan namun Nagashima mempamerkan tunggangan mantap sebaik perlumbaab bermula.

Dengan perlumbaab berbaki tiga lap, Nagashima bijak membuat pecutan terakhir untuk meninggalkan pesaing terdekat Lorenzo Baldassari dan Enea Bastianini.

Keputusan ini menandakan podium sulung Nagashima di pentas kejuaraan dunia di samping turut muncul pelumba Jepun pertama untuk merekodkan kemenangan di kelas intermediate sejak (mendiang) Shoya Tomizawa yang melakukannya pada pembukaan musim 2010.

Malah, kejayaan ini merupakan yang pertama ditempah Nagashima bersama pasukan Red Bull KTM Ajo.

Sementara itu, wakil pasukan tempatan, ONEXOX TKKR SAG Team melengkapkan aksi pertama di kedudukan kelima meskipun pelumba, Remy Gardner, beraksi dengan jentera 2019 di samping kehilangan khidmat Ketua Kru yang kini di kem Baldassari.

Dalam perkembangan lain, aksi Moto3 menyaksikan pelumba Aspar Team, Albert Arenas merekodkan kemenangan setelah berjaya mengetepikan cabaran John McPhee dari pasukan PETRONAS Sprinta Racing.

Sementara drama tercetus bagi perebutan tempat ketiga apabila pelumba Leopard Racing, Jaume Masia – yang menamatkan aksi di tempat ketiga – dibatalkan keputusan ketika menuju ke parkir podium tatkala didapati terkeluar daripada had litar.

Tempat ketiga kemudiannya dianugerahkan kepada Ai Ogura daripada pasukan Honda Team Asia.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.