Selepas keputusan ujian positif di Litar Catalunya minggu lalu, Brembo bakal membekalkan cakera brek lebih besar di Red Bull Ring tahun ini. Keputusan tersebut dibuat setelah mengenal pasti Red Bull Ring sebagai litar yang memberi tekanan tinggi kepada sistem brek jentera di samping mahu mengelakkan insiden membabitkan Maverick Vinales musim lalu berulang. Untuk itu, Brembo…
Tag: MotoGP
Nombor perlumbaan #50 milik Jason Dupasquier akan direhatkan daripada perlumbaan Moto3 dalam satu majlis khas yang akan diadakan Jumaat ini menjelang GP Belanda di Sachsenring. Pelumba berusia 19 tahun itu meninggal dunia setelah mengalami kecederaan parah sewaktu ujian kelayakan di Mugello, bulan lalu. MotoGP kemudiannya mengesahkan pemergian pelumba Switzerland itu di hari perlumbaan GP Itali,…
Dorna Sport mengesahkan bahawa GP Styria dan GP Austria yang berlangsung di Litar Red Bull Ring, dibenarkan menerima kunjungan penonton 100 peratus, Ogos ini. Senario ini dibenarkan selepas kerajaan Austria membatalkan sebarang sekatan terhadap mana-mana acara sukan bermula musim panas ini. Ini sekaligus menyaksikan Red Bull Ring akan membuka pintunya kepada peminat MotoGP yang telah…
Pelumba veteran, Valentino Rossi percaya Pedro Acosta bakal menjadi bintang baharu MotoGP pada masa akan datang. Bagaimanapun, tujuh kali juara dunia MotoGP itu nafi dakwaan dia merancang untuk membawa Acosta dari Moto3 ke MotoGP musim depan bersama VR46. “Saya ada terbaca mengenai perkara ini tetapi ia tidak benar. “Sudah tentu sebagai pelumba kami gembira, Pedro…
Pelumba factory Yamaha, Fabio Quartararo telah dikenakan penalti 3-saat setelah didapati melakukan kesalahan ‘shortcut’ di Turn 1-2 di GP Catalunya baru-baru ini. Keputusan itu menyaksikan dia kehilangan tempat ketiga yang diberikan kepada Jack Miller. Bagaimanapun, Race Direction mengenakan tambahan penalti 3-saat (menjadikan jumlah penalti 6-saat) setelah mendapati Quartararo menghabiskan baki 3 lap dengan ‘racing suit’…
Pelumba KTM, Miguel Oliveira merekodkan kemenangan pertama musim ini apabila muncul juara di GP Catalunya. Ini merupakan kemenangan keempat pasukan factory KTM di kelas premier setakat ini. Meskipun bermula di petak ke-4, Oliveira mempamerkan tunggangan konsisten untuk menerajui perlumbaan sejak awal lagi. Bagaimanapun, Oliveira menerima asakan hebat dari pelumba Yamaha, Fabio Quartararo, yang berjaya mengejar…
Pelumba Suzuki Ecstar, Alex Rins, tidak akan terlibat dengan saingan di GP Catalunya hujung minggu ini ekoran terbabit kemalangan. Rins seakan tidak dapat dipisahkan dengan kemalangan beberapa minggu ini apabila terbabas dalam empat pusingan berturut-turut setakat ini di Portugal, Sepanyol, Perancis dan Itali. Terbaru, pelumba berusia 25 tahun itu akan terlepas aksi di laman sendiri…
Pelumba Red Bull KTM Ajo Moto2, Remy Gardner, bakal beraksi di kelas premier bersama Tech 3 KTM musim 2022. Perkara itu disahkan KTM yang mendedahkan pelumba Australia itu akan bersaing di MotoGP, 30 tahun selepas ayahnya, Wayne Gardner bersara pada 1992. Pengumuman itu menyaksikan Gardner menjadi pelumba pertama yang mengesahkan tempat di Tech 3 KTM…
Pramac Racing mengumumkan kontrak lanjutan sebagai pasukan sokongan factory Ducati untuk tiga musim lagi bermula dari 2022 hingga 2024. Perkara itu turut disahkan Pengarah Projek Ducati, Paolo Ciabatti. “Kami di Ducati berbesar hati kerana dapat memperbaharui kerjasama dengan Pramac Racing untuk tiga musim lagi di MotoGP. “Bersama Pramac Racing, kami telah mencapai pelbagai kejayaan bersama….