MotoGP: Enggan Tukar Tayar Sumbang Kemenangan Brad Binder Di GP Austria

Brad Binder, berjaya melakar kemenangan pertama musim 2021 apabila muncul juara di GP Austria. Soaked circuit, slick tyres but @BradBinder_41 held on! ? KTM triumph at home! ?#AustrianGP ?? pic.twitter.com/yGL3xITmuu — MotoGP™? (@MotoGP) August 15, 2021 Saingan di Red Bull Ring pada awalnya menyaksikan perebutan di antara Francesco Bagnaia (Ducati), Marc Marquez (Repsol Honda), Fabio…

RASMI: Petronas Tamatkan Kerjasama Dengan SRT

Sepang International Circuit (SIC) dan Petronas telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kerjasama selaku penaja utama (title sponsor) Petronas Sepang Racing Team pada hujung musim MotoGP 2021. Perkara itu disahkan menerusi siaran media yang dikongsikan hari ini. Petronas telah pun menjadi penaja utama SIC sejak 2018, menerusi Petronas Sprinta Racing di Moto2 dan Moto3 sebelum…

MotoGP: Bukan Masalah Untuk Saya Berlumba Seorang Diri – Quartararo

Yamaha telah mengejutkan ramai pihak apabila membuat keputusan untuk menggantung Maverick Vinales daripada menyertai perlumbaan GP Austria yang berlangsung hujung minggu ini. Keputusan itu dibuat setelah Yamaha dapati terdapat tindakan diluar kebiasaan sewaktu Vinales mengendalikan jentera factory M1 di GP Styria, minggu lalu. Rakan sepasukan, Fabio Quartararo, enggan mengulas lanjut mengenai situasi Yamaha-Vinales sebaliknya berpendapat…

KTM Mahu Danilo Petrucci Di Rali Dakar 2022

Pelumba Tech3 KTM, Danilo Petrucci, telah pun kehilangan tempatnya di MotoGP musim depan setelah pasukan itu menandatangani khidmat dua pelumba baharu. Tech3 bakal mempertaruhkan Remy Gardner dan Raul Fernandez bagi musim 2022 sekaligus menyaksikan Petrucci dan Iker Lecuona ketiadaan pasukan. Bagaimanapun, dalam usaha memastikan Petrucci terus kekal bersama KTM, pasukan itu menerusi CEO, Stefan Pierer,…

MotoGP: Valentino Rossi Umum Bersara

Desas-desus mengenai masa depan Valentino Rossi di pentas MotoGP akhirnya terjawab apabila mengesahkan tidak akan meneruskan kariernya di perlumbaan dua roda bermula musim depan. Ini bermakna, Petronas Sepang Racing Team (SRT) merupakan destinasi terakhirnya di kelas premier selepas lebih 30 tahun beraksi di MotoGP. Rossi mengumumkan persaraannya sewaktu sesi sidang media yang berlangsung sebentar tadi…

SRT Setuju Lepaskan Morbidelli Ke Yamaha, Razlan Intai Bezzecchhi, Robert Dan Schrotter

Prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali, mengakui bersetuju melepaskan Franco Morbidelli ke factory Yamaha bagi musim 2022. Meskipun tiada pengumuman rasmi namun berdasarkan laporan media antarabangsa, Morbidelli akan menggantikan Vinales di Yamaha. “Ini adalah impiannya, dan kami tidak akan menolak. Dia (Morbidelli) juga telah mengajukan soalan ini, dan kami juga telah…

MotoGP Thailand dibatalkan – adakah Malaysia juga akan senasib?

Pandemik Covid-19 yang masih berleluasa ini semakin hari semakin mengganas, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Dengan bilangan kes di Thailand yang makin meningkat saban hari, dan program vaksinasi mereka yang bergerak perlahan, penganjur Thai GP terpaksa membatalkan pusingan Moto GP 2021 yang sepatutnya berlangsung di Buriram. Ia dipercayai bahawa pusingan gantian sedang…

MotoGP: Dorna Umum Pembatalan GP Thailand

FIM, IRTA dan Dorna Sports dengan dukacita mengumumkan pembatalan GP Thailand yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 17 Oktober ini. Keputusan itu diambil susulan situasi Covid-19 serta sekatan pergerakan yang melanda negara itu ketika ini. Menurut kenyataan, MotoGP ketika ini sedang mempertimbangkan beberapa litar lain sebagai pengganti dengan perkembangan baharu akan dikemas kini kemudian. Litar…

RASMI: Dani Pedrosa Kembali Beraksi Selaku Pelumba Wild-Card KTM Di GP Styria

Dani Pedrosa, akan kembali beraksi secara ‘one-off’ selaku pelumba wild-card Red Bull KTM Factory Racing di GP Styria yang akan berlangsung pada Ogos ini. Mesra dengan jolokan ‘Little Samurai’, Pedrosa merupakan antara pesaing hebat di MotoGP sebelum bersara pada 2018 dengan 31 kemenangan di kelas premier dan 112 podium. Selepas bersara, Pedrosa berkhidmat selaku pelumba…