RASMI: Petronas Tamatkan Kerjasama Dengan SRT

Sepang International Circuit (SIC) dan Petronas telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kerjasama selaku penaja utama (title sponsor) Petronas Sepang Racing Team pada hujung musim MotoGP 2021.

Perkara itu disahkan menerusi siaran media yang dikongsikan hari ini.

Petronas telah pun menjadi penaja utama SIC sejak 2018, menerusi Petronas Sprinta Racing di Moto2 dan Moto3 sebelum projek tersebut dikembangkan ke MotoGP menerusi Petronas Yamaha Sepang Racing Team.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, menghormati keputusan Petronas yang tidak menyambung tajaan menjelang musim 2022.

“SIC mengucapkan terima kasih kepada Petronas atas sokongan mereka selama kerjasama ini berlangsung.

“Kami menghormati keputusan mereka dan bersetuju bahawa kerjasama ini telah pun mencapai objektifnya.

“Tetapi saya percaya ini bukan kolaborasi terakhir kami dalam sukan permotoran, kami akan teruskan usaha dalam mencari bakat baharu,” jelasnya.

Sementara itu, SIC memaklumkan bahawa SRT akan meneruskan saingan di MotoGP bermula 2022 dibawah entiti baharu dengan pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat, termasuk mengenai pembubaran pasukan di Moto2 dan Moto3.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply