Marc Marquez menoktahkan status selaku juara dunia MotoGP musim 2019 dengan kemenangan di litar Valencia. Dia turut berjaya mengurniakan kejuaraan dunia pasukan untuk Repsol Honda sekaligus menamatkan kempen terakhir MotoGP 2019 dengan kejuaraan berganda. Meskipun kejuaraan dunia telah pun disahkan di GP Thailand, Oktober lalu namun senario itu tidak menyekat Marquez untuk memburu kemenangan ke-12…
Tag: moto3
Ketika pengeluar lain menjadikan EICMA 2019 sebagai medan memperkenalkan model baharu bagi 2020, Husqvarna mempunyai perancangan tersendiri apabila mengumumkan keputusan untuk kembali ke Moto3 musim depan. Pasukan Max Racing, milik empat kali juara dunia 250cc, Max Biaggi, akan mengguna pakai Husqvarna FR 250 GP bagi saingan Moto3 2020 termasuk dengan sokongan penuh daripada pasukan Husqvarna…
Petronas Sprinta Racing mengesahkan bahawa pelumba Moto2, Khairul Idham Pawi, akan kembali beraksi di Moto3 bagi musim 2020. KIP telah pun terlepas beberapa perlumbaan sebelum ini sejak mengalami kecederaan ketika di GP Sepanyol, Mei lalu. Dia juga telah menjalani tiga pembedahan termasuk minggu ini di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur. Sementara itu, Adam Norrodin akan…
Adam Norrodin bakal mengisi tempat Khairul Idham Pawi di Petronas Sprinta Racing Moto2 bagi perlumbaan di San Marino minggu depan. Khairul Idham Pawi masih lagi dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan tangan yang serius. Berdasarkan portfolio, Norrodin bukanlah nama asing bagi Petronas Sprinta tatkala pernah mewakili pasukan itu di saingan Moto3 pada tahun 2016-2018. Bagaimanapun,…
KTM akan memberikan fokus sepenuhnya kepada saingan MotoGP musim depan apabila membuat keputusan untuk meninggalkan Moto2. Pengeluar motosikal Austria itu turut menjenamakan semula ke nama Husqvarna bagi kelas Moto3. Keputusan tersebut dibuat selepas KTM bergelut dalam saingan Moto2 – meskipun Brad Binder berjaya julang KTM di laman sendiri hari ini – apabila beralih ke enjin…
Berita mengenai litar jalan raya yang bakal menjadi tuan rumah pusingan MotoGP Indonesia telah diterima dengan penuh keraguan. Mereka yang kurang arif berpendapat bahawa ianya merbahaya buat penunggang MotoGP dan juga penonton. Bagaimana pun, pelannya telah pun dirangka bagi mematuhi tahap keselamatan dan telah mendapat lampu hijau dari Dorna dan FIM.
Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Dato’ Razlan Razali, telah menawarkan satu peluang buat Khairul Idham Pawi bagi menyertai pasukan MotoGP. Peluang untuk menyertai pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team dalam MotoGP bergantung kepada keputusan Moto2 Pawi pada tahun 2019 dan 2020. Pawi bakal menjadi penunggang MotoGP Malaysia pertama dalam sebuah pasukan MotoGP Malaysia sekiranya…
Semua helmet pelumba perlu mematuhi standard yang ditetapkan FIM. Helmet yang mendapat piawaian akan menerima sebuah label dengan hologram dan label QR. Badan peraturan tersebut berharap yang helmet-helmet berkenaan akan disediakan buat orang ramai bagi meningkatkan keselamatan.
Romano Fenati akan bertanding pada tahun 2019 dalam kategori Moto3. Pasukannya sebelum ini, Marinelli Snipers Team telah menandatangani kontrak bersamanya semula. Fenati telah menimbulkan kekecohan apabila dia telah mencengkam tuil brek hadapan pesaingnya sewaktu pusingan MotoGP San Marino 2018.