Mercedes-Benz S560e Hybrid, Jentera Baharu Ketua Menteri Pulau Pinang – 469hp, 700Nm!

Kerajaan negeri Pulau Pinang baharu sahaja membeli sebuah Mercedes-Benz S560e hibrid untuk kegunaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Model S560e itu telah dibeli dengan harga RM458,122.78 pada 31 Disember 2020 bagi menggantikan Mercedes S300L yang telah dibeli – pada harga RM298,263.75 – pada 2013. Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau…

Mercedes-Benz GLA 200, GLA 250 4MATIC Dilancarkan – Dari RM244 Ribu!

Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan dua varian GLA-Class untuk pasaran tempatan sekaligus melengkapkan lapan model bagi barisan SUV premium di Malaysia. Rekaan eksterior tampak lebih moden dan sporty terutamanya varian GLA 250 yang dilengkapi kemasan luar AMG Line di samping rim 19″ jenis twin spoke aloi ringan (18″ pada GLA 200). Generasi baharu GLA ini juga…

Tiga Varian SUV Mercedes-Benz GLB Dilancarkan – Dari RM269 Ribu!

Mercedes-Benz Malaysia melancarkan tiga varian kenderaan utiliti sukan (SUV) GLB menerusi 200 Progressive Line, 250 AMG Line dan AMG GLB 35 4Matic. Diperkenalkan sebagai SUV kompak, varian GLB menawarkan panjang 2,828 milimeter dengan jarak roda (wheelbase) 10cm lebih panjang berbanding B-Class. Menurut Mercedes, tempat duduk barisan ketiga – yang julung kalinya ditawarkan pada sebuah SUV…

Mercedes AMG GT R Dan GT C Kini Di Malaysia – Harga Dari RM1.5 juta

Sebut sahaja AMG, ramai yang boleh menjangka apakah yang ditawarkan Mercedes. Sejak diperkenalkan lima tahun lalu, AMG GT tidak pernah gagal dalam mencapai taraf pemanduan baharu yang terhasil daripada DNA perlumbaan. Timbalan Presiden, Penjualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Michael Jopp, menyifatkan AMG GT R dan GT C sebagai jentera yang mencerminkan identiti Mercedes. “Tampak brutal,…

Mercedes AMG A35 4MATIC Kini Di Malaysia – RM348,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan Mercedes-AMG A35 4MMATIC Sedan yang direka khas untuk golongan muda yang mencari kereta berprestasi tinggi. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr Claus Weinder menyifatkan Mercedes-AMG A35 4MMATIC Sedan sebagai kenderaan paling tepat untuk menjemput orang ramai merasai pengalaman pertama duni AMG Driving Performance. “Kami mengangkat segala sejarah AMG ke era…

Hyundai, Kia Ungguli Ranking Kereta Paling Berkualiti 2019

  Bila kita tanya pembeli, kereta apa yang paling boleh diharap? Pastinya rata-rata akan menyebut kereta Jepun diikuti jenama Eropah dan sebagainya.  Apa yang pasti tiada siapa yang akan menyebut jenama kereta Korea. Bagaimanapun, menurut kajian kualiti Amerika Syarikat oleh JD Power mendapati, jenama kereta Korea menewaskan kereta Eropah dan Amerika Syarikat daripada aspek kualiti!…

Mercedes-Benz Malaysia Lancar S-Class Baharu – Harga Dijangka Bermula RM658,888

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan masa depan baharu mobiliti, Mercedes S 560e yang dilengkapi sistem Plug-In Hybrid dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di Bandar Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, hari ini. S 560e merupakan model S-Class yang julung kalinya didatangkan dengan enjin hibrid sekaligus menandakan permulaan baharu bagi kereta premium mewah bagi keluarga S-Class. Sistem pemanduan…

Mercedes A250 AMG: Sesi Pandu Uji Bertukar Ke Sesi Uji Kesabaran

Ramai yang teruja ketika Mercedes-Benz melancarkan model A Class, A250 AMG 2019 hujung tahun lalu. Manakan tidak, model A250 berjaya mendapat tempat di hati pembeli berkemampuan di Malaysia hasil daripada kejayaan Mercedes mereka jentera empat roda yang memiliki reka bentuk menarik. Jadi tidak hairanlah setiap kali Mercedes melancarkan model baharu, ramai yang ternanti-nanti apakah tawaran…

RM1.8 juta, Mercedes-AMG GT 63 S Coupe Buat Ramai Melopong

Keluarga AMG GT menerima ahli baharu dengan pelancaran Mercedes-AMG GT 63 S 4MATIC+. Jentera ini merupakan gabungan antara pemanduan dinamik yang sesuai untuk litar lumba dan sebagai penggunaan harian bercirikan Gran Turismo, sekaligus menjadikan model ini pasangan paling sesuai untuk kegunaan harian. Timbalan Presiden, Penjualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Mark Raine teruja dengan pelancaran AMG-GT…