Mercedes-Benz GLA 200, GLA 250 4MATIC Dilancarkan – Dari RM244 Ribu!

Advertisements

Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan dua varian GLA-Class untuk pasaran tempatan sekaligus melengkapkan lapan model bagi barisan SUV premium di Malaysia.

*GLA 200 Progressive Line

Rekaan eksterior tampak lebih moden dan sporty terutamanya varian GLA 250 yang dilengkapi kemasan luar AMG Line di samping rim 19″ jenis twin spoke aloi ringan (18″ pada GLA 200).

Generasi baharu GLA ini juga menawarkan ruang kabin paling luas dengan 4,410mm panjang, 1,834mm lebar dan 1,611mm tinggi.

Menurut Mercedes-Benz meskipun lebih pendek berbanding GLA sebelumnya namun ruang kabin kini lebih lebas terutamanya ruang kaki di tempat duduk belakang dan tempat letak barang.

Manakala ruang kabin menempatkan dua skrin 10.25″ dengan sistem infotainmen MBUX (Mercedes-Benz User Experience),corong ‘aircond’ dengan rekaan ‘turbine’, dan sistem kawalan di konsol transmisi.

Tempat duduk pemandu dan penumpang depan juga lebih tinggi dan menegak sekaligus menghadirkan senario seakan SUV tipikal.

Sementara itu, GLA 200 dikuasakan dengan enjin 4-silinder 1.3L turbocharged yang menjana 163hp dan 250Nm yang disalurkan menerusi transmisi 7G-DCT manakala GLA 250 4MATIC AMG menawarkan 224hp dan 350Nm hasil daripada enjin 2.0L turbocharged dengan transmisi 8G-DCT.

Mercedes-Benz Malaysia menawarkan dua varian GLA seperti berikut:

  • GLA 200 Progressive Line: RM244,199.82 (*RM252,888 bermula 1 Januari)
  • GLA 250 4MATIC AMG Line: RM285,336.66 (*RM295,888 bermula 1 Januari)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.