Tiga Varian SUV Mercedes-Benz GLB Dilancarkan – Dari RM269 Ribu!

Mercedes-Benz Malaysia melancarkan tiga varian kenderaan utiliti sukan (SUV) GLB menerusi 200 Progressive Line, 250 AMG Line dan AMG GLB 35 4Matic.

Diperkenalkan sebagai SUV kompak, varian GLB menawarkan panjang 2,828 milimeter dengan jarak roda (wheelbase) 10cm lebih panjang berbanding B-Class.

Menurut Mercedes, tempat duduk barisan ketiga – yang julung kalinya ditawarkan pada sebuah SUV kompak Mercedes-Benz – menawarkan ketinggian sehingga 1.68m selain daripada tempat pengecas USB dan tempat letak bekas minuman.

Mercede-Benz GLB 200 Progressive Line didatangkan dengan enjin 1.3L turbo empat silinder yang menjana 163hp dan 250Nm dan mampu merekodkan kelajuan maksima sekitar 207km/j.

Manakala, GLB 250 4Matic AMG Line dilengkapi enjin 2.0L turbo empat silinder yang menawarkan 224hp dan 350Nm dan sistem pacuan semua roda 4Matic yang disalurkan menerusi transmisi 8-kelajuan (8G-DCT).

Bagi yang berminat dengan SUV lebih berkuasa, Mercedes-Benz turut menawarkan varian ketiga, GBL 35 4Matic yang dilengkapkan dengan enjin AMG 2.0L turbo empat silinder.

Model ini menawarkan 306hp dengan 400Nm yang disalurkan menerusi kotak gear AMG Speedshift 8G-DCT automatik dan mampu merekodkan kelajuan 250km/j.

Ketiga-tiga model ini boleh didapati dengan harga berikut:

GLB 200 Progressive Line – RM269,111.15
GLB 250 4MATIC AMG Line – RM318,009.26
Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC – RM363,136.52

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply