Jenama KTM dah lama bertapak di Malaysia jadi tak hairanlah bersepah motosikal jenama Austria itu memenuhi jalan raya di Malaysia. Model paling popular di Malaysia sudah tentu terarah pada dua model, RC200 dan DUKE 200. Ini kerana selain daripada datang dengan harga mampu milik RM15,888 dan RM13,888, kedua-dua model ini juga paling berkuasa dalam segmenya. …
Tag: KTM Malaysia
Jenama motosikal Austria, KTM, melancarkan 200 Duke 2021 untuk pasaran Malaysia menerusi pengedar rasmi, Eurotech Wheels. Bagi 2021, 200 Duke kekal menawarkan enjin 199.5cc satu silinder DOHC yang menawarkan 26hp pada 10,000rpm dan 19.4Nm pada 8,000rpm yang dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan. Bagaimanapun, bahagian lampu depan telah dinaik taraf berbanding model sebelumnya. Menurut KTM Malaysia, motosikal…
Baru-baru ini Eurotech Wheel, selaku pengedar jenama KTM di Malaysia, telah pun melancarkan KTM 390 Adventure untuk pasaran tempatan. Pada majlis sama, KTM Malaysia turut memperkenalkan 250 Adventure 2021. Mengikut acuan sama seperti 390 Adventure namun dengan beberapa perubahan, 250 Adventure ditawarkan pada harga RM21,500 (sebelum cukai jalan dan insurans). KTM 250 Adventure didatangkan dengan…
Minggu lalu, tular beberapa gambar memaparkan KTM 390 Adventure sedang menjalani ujian jalan raya di Malaysia. Gambar tersebut jelas menampakkan susuk 390 Adventure, yang telah pun dilancarkan di pasaran antarabangsa sebelum ini. Bagaimanapun, jentera tersebut sah bakal hampiri pelancaran di Malaysia tatkala beberapa pengedar rasmi KTM di sini telah pun membuka tempahan bagi motosikal ‘adventure’…
KTM Malaysia hampir pasti melancarkan KTM 390 Adventure selepas jentera itu dirakam menjalani ujian jalan raya. Beberapa imej yang memaparkan jentera tersebut menjalani ujian jalan raya tular di media sosial baru-baru ini. Meskipun terselindung di sebalik warna serba gelap namun jelas memaparkan susuk motosikal adventure bersesaran kecil, KTM 390 Adventure. Model tersebut walaupun belum dilancarkan…
KTM telah melancarkan Duke 200 dengan rekaan serba baharu di India, baru-baru ini. Rekaan serba baharu itu sedikit sebanyak membuktikan KTM mendengar keluhan peminat jenama Austria itu yang menggesa agar rekaan baharu yang didatangkan pada model lain turut sama disuntik pada varian 200cc. KTM Duke 200 2020 didatangkan dengan rekaan serba baharu yang dipinjamkan dari…
KTM mengumumkan gelombang kedua bagi model 2020 termasuk memperkenalkan semula barisan model XCF-W! Sebelum ini, KTM berkata bahawa model EXC dual-sport sudah memadai sebagai jentera off-road. Bagaimanapun, bagi tahun 2020, pendirian KTM berubah dan mereka akan menawarkan semula model XCF-W. Barisan model tersebut akan kelihatan lebih kurang sama dengan jentera dual-sport namun tidak lagi dibebankan…
Kami telah berpeluang menunggang uji model KTM 790 Adventure dan KTM 790 Adventure R di Maghribi. KTM telah menggelar kedua-dua buah motosikal ini sebagai motosikal dwi-sukan paling berkebolehan untuk penunggangan ‘off-road’. Kami telah menunggang uji motosikal-motosikal ini di atas jalan raya dan juga di padang pasir.
Kami telah diberi peluang keemasan untuk menunggang uji model KTM 790 Adventure dan KTM Adventure R di Maghribi pada minggu ini. Kedua-dua motosikal ini telah diperkenalkan sewaktu EICMA 2018. Kedua-dua motosikal ini menambah lagi kepada rangkaian 790 yang turut didiami oleh model 790 Duke.