Konvoi “Tour Melaka 2018” telah diadakan bagi mempromosikan Melaka sebagai destinasi yang menyeronokkan buat penunggang motosikal, yang merupakan sebahagian daripada kempen Tahun Melawat Melaka 2019. Oleh itu, pihak penganjurnya telah menjemput para penunggang dari Thailand dan Singapura. Konvoi ini membawa para peserta mengunjungi tempat-tempat tarikan pelancong paling popular di sekitar Melaka dalam tempoh dua hari.
Tag: KTM Malaysia
Festival KTM Malaysia Orange Carnival 2018 di Sungai Petani meraikan ketibaan hujung tahun. KTM Malaysia telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan buat para pengunjung. Hadiah utama bagi cabutan bertuah merupakan sebuah motosikal 200 Duke 2018.
KTM Malaysia telah melancarkan Rangkaian Off-Road KTM 2019. Rangkaian ini terdiri daripada model motocross SX-F dan enduro EXC. Model-model ini telah ditetapkan harga bermula dari RM38,500.
Pesta KTM Malaysia Orange Carnival yang telah diadakan pada bulan lepas telah mendapat sambutan yang hangat. Cabutan bertuah adalah salah satu acara yang telah diadakan pada hari tersebut. Pemenang bertuahnya telah hadir bagi mendapatkan Hadiah Utamanya, sebuah motosikal KTM 390 Duke, di bilik pameran Lifestyle Showroom KTM Malaysia.
Siri perlumbaan KTM Malaysia Orange Enduro 2018 telah pun berlangsung di Litar Enduro KTM Malaysia di Sungai Buaya. Perlumbaan kali ini telah disertai oleh 101 orang peserta, dibahagikan kepada 7 kategori. Bagi pusingan kali ini, Kategori Dual-Purpose dan Wanita telah ditambah.
Pusingan 2 bagi siri perlumbaan KTM Malaysia Orange Enduro 2018 akan berlangsung pada 14 Julai 2018. Pusingan 2 akan diadakan di Litar Enduro KTM Malaysia di Sungai Buaya, Rawang. Hadiah menarik ditawarkan buat para peserta.