Pasukan PETRONAS Sprinta Racing Team bagi kelas Moto3 dan Moto2 telah menjalankan ujian pra musim persendirian mereka. Ujian ini telah mengambil tempat di litar halaman pasukan berkenaan, iaitu Litar Antarabangsa Sepang. Ujian ini telah diadakan sebelum bermulanya ujian pra musim Moto3 dan Moto2 rasmi di Jerez.
Tag: Khairul idham Pawi
Pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team telah dilancarkan hari ini. Ianya merupakan pasukan MotoGP pertama dari Malaysia dan juga bagi rantau Asia Tenggara. Penunggang pasukan ini terdiri daripada Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo. PETRONAS akan menampilkan sebuah pasukan dalam kejohanan Moto3, Moto2, dan MotoGP bagi musim 2019. Pasukan MotoGP berkenaan akan dikenali secara rasminya dengan…
Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Dato’ Razlan Razali, telah menawarkan satu peluang buat Khairul Idham Pawi bagi menyertai pasukan MotoGP. Peluang untuk menyertai pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team dalam MotoGP bergantung kepada keputusan Moto2 Pawi pada tahun 2019 dan 2020. Pawi bakal menjadi penunggang MotoGP Malaysia pertama dalam sebuah pasukan MotoGP Malaysia sekiranya…
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah menganjurkan satu “Sesi Teh Tarik” yang amat istimewa bersama dengan beberapa orang penunggang MotoGP. Acara ini telah diadakan di NZ Curry House dengan kemunculan istimewa oleh Ayumu Sasaki, Adam Norrodin, Niki Tulli, Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin, dan Danilo Petrucci. SIC juga turut memperkenalkan trofi rasmi yang akan dipersembahkan kepada…
Pasukan Petronas SIC MotoGP telah mengesahkan keseluruhan barisan penunggang mereka bagi musim 2019. Untuk kelas MotoGP, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo akan mengemudi jentera Yamaha YZR-M1. Bagi kelas Moto2 dan Moto3 pula, Khairul Idham Pawi bersama dengan Ayumu Sasaki dan John McPhee akan membawa cabaran ke atas grid perlumbaan bagi musim 2019.
Bintang Moto2 Malaysia, Khairul Idham Pawi telah menubuhkan sebuah akademi perlumbaannya sendiri. Superkip Racing Academy akan menyertakan penunggangnya dalam siri perlumbaan Cub Prix 2018. Pasukan berkenaan akan diuruskan oleh ayah Superkip, Pawi Omar.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Red Bull telah menganjurkan satu sesi ‘meet & greet‘ bersama dengan Khairul Idham Pawi, lebih dikenali sebagai Superkip. Red Bull telah memainkan peranan penting dalam kerjaya Superkip sebagai seorang pelumba. Superkip menganggap tahun 2017 sebagai tahun untuk belajar dan maju ke hadapan.
Tahun 2017 merupakan tahun yang sibuk buat juara Cub Prix kategori CP130 2016, Kasma Daniel Kasmayuddin dalam usahanya untuk mempertahankan gelaran juara kebangsaan dan pada masa sama bakal melangkah ke saingan antarabangsa Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia CEV. Kasma akan berlumba dalam kelas Moto3 bersama pasukan PETRONAS Sprinta Racing di pentas antarabangsa.
Menemui semula ‘aura’ motorsikal berkuasa tinggi dalam konvoi Honda Asian Journey 2016 ke MotoGP Honda telah menganjurkan konvoi serantau buat pertama kali meningkatkan kehadiran mereka dalam pasaran motorsikal berkuasa tinggi di Asia. Konvoi ini telah dinamakan Honda Asian Journey 2016. Program ini dijalankan sempena perlumbaan 2016 Shell Malaysia MotoGP yang berlangsung hujung Oktober lepas. Sepang…