Kasma Daniel akan Beraksi di Cub Prix DAN FIM CEV Repsol Sepanyol bagi 2017

Tahun 2017 merupakan tahun yang sibuk buat juara Cub Prix kategori CP130 2016, Kasma Daniel Kasmayuddin dalam usahanya untuk mempertahankan gelaran juara kebangsaan dan pada masa sama bakal melangkah ke saingan antarabangsa Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia CEV. Kasma akan berlumba dalam kelas Moto3 bersama pasukan PETRONAS Sprinta Racing di pentas antarabangsa.

Kedua dari kanan: Kasma Daniel

Bagi yang mengenali tentang kemajuan Kasma Daniel dalam sukan permotoran, beliau telah mendapat banyak kejayaan dalam Cub Prix. Kasma juga pernah dihantar ke Kem Master di VR46 Riders Academy milik pelumba paling berjaya di dunia iaitu Valentino Rossi. Kasma telah pun ke Italy atas tajaan syarikat Yamaha Motor Co. Ltd. untuk sesi latihan di VR46 Ranch bertempat di Tavullia, kampung halaman Rossi.

Menjelang pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Temerloh, Pahang, hujung minggu ini, pelumba berusia 17 tahun dari pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor itu akan turun selaku juara kebangsaan dalam misi memburu gelaran juara pertama kelas CP150. Beliau akan berlumba dengan jentera Yamaha Y15ZR.

“Tahun 2016 merupakan tahun terbaik saya. Selain memenangi gelaran di dalam negara, saya juga mendapat pendedahan berguna di dalam kelas Asia Production 250cc Kejuaraan Motosikal Asia. Aksi cemerlang di saingan Asia membolehkan saya menerima peluang menjalani latihan di Akademi VR46 sebanyak dua kali,” jelas pelumba kelahiran Johor itu.

Kanan: Kasma Daniel

“Saya jangkakan tahun ini merupakan tahun yang agak mencabar. Di Cub Prix, buat pertama kali kami akan beraksi dalam kategori CP150 manakala ini juga merupakan aksi pertama saya menggunakan jentera Moto3. Saya masih dalam proses pembelajaran namun akan cuba sedaya upaya untuk cepat menyesuaikan diri.”

Hafizh Syahrin

Pelumba-pelumba Cub Prix yang pernah menjejak ke dalam kejuaraan Motorsikal FIM CEV Repsol sebelum ini adalah Khairul Idham Pawi dan juga hafizh Syahrin sebelum meneruskan kerjaya dan usaha dalam perlumbaan MotoGP kategori Moto2 bagi tahun 2017. Musim baru Kejuaraan Motosikal FIM CEV Repsol di Sepanyol akan bermula pada hujung April ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

5 Replies to “Kasma Daniel akan Beraksi di Cub Prix DAN FIM CEV Repsol Sepanyol bagi 2017”

Leave a Reply