Jalan Licin, Beberapa Penunggang Motosikal Kemalangan Serentak Di Jalan Kuching

Beberapa motosikal dirakam alami kemalangan susulan permukaan jalan raya licin di Jalan Kuching menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur. Rakaman berdurasi 47 saat itu memaparkan dua buah motosikal hilang kawalan sebelum terjatuh di tengah-tengah jalan raya manakala terdapat beberapa lagi telah pun mengalami nasib sama. Sementara itu, netizen mempersoal pihak berwajib yang tidak turun padang…

Basikal Catat 137 Kemalangan, 56 Kematian Tahun Ini – PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan 137 kes kemalangan babitkan penunggang basikal telah direkodkan dari Januari hingga Oktober, tahun ini. Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Datuk Azisman Alias yang turut memaklumkan daripada jumlah itu, 56 kematian, 18 cedera parah dan 63 cedera ringan dicatatkan. Bagaimanapun, terdapat penurunan berbanding tahun 2019 yang…

Pemandu Mabuk Pukul Pegawai JBPM, Cuba Larikan Diri Selepas Kemalangan

Tular rakaman video di media sosial yang memaparkan beberapa kenderaan telah terlibat kemalangan di Bandar Tun Hussein Onn menghala ke Cheras Selatan, hari ini. Dalam video berdurasi 1 minit 25 saat itu, jelas menunjukkan beberapa kenderaan telah dirempuh dipercayai oleh seorang pemandu yang didakwa berada dalam pengaruh alkohol. Lelaki tersebut turut dirakam cuba untuk melarikan…

Pelajar 17 Tahun Jadi Mangsa Pemandu Mabuk Di KL

Seorang remaja lelaki maut selepas dipercayai dirempuh pemandu mabuk dalam insiden yang berlaku di Kuala Lumpur, awal pagi Selasa. Mangsa, Hakimi Romli, 17 tahun maut ditempat kejadian susulan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Rakaman kejadian turut tular di media sosial menerusi akaun Facebook Info Roadblock JPJ/Polis. Rakaman berdurasi 10 saat itu memaparkan sebuah kereta…

Buka Pintu Kereta Melulu, Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori

Sebuah rakaman video tular di media sosial yang memaparkan insiden ngeri berlaku di daerah Na Klang, Thailand, Isnin lalu. Rakaman tersebut memaparkan seorang pemandu kereta telah bertindak membuka pintu tanpa menghiraukan kedatangan sebuah motosikal. Apa boleh berlaku jika tak tengok belakang semasa buka pintu kereta. ?‍♀️ Seorang wanita yang menunggang motosikal terbunuh digilis treler selepas…

Remaja 17 Tahun Bonceng Mayat Teman Wanita Sebelum Tinggalkan Di Garaj

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bertindak meninggalkan mayat kekasihnya di garaj rumah milik ibu bapa mangsa selepas terlibat kemalangan awal pagi Ahad. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon yang menjelaskan bahawa mayat mangsa dijumpai atuknya sekitar jam 10 pagi di garaj letak kereta. Difahamkan, remaja lelaki terbabit dan mangsa telah…

Perintah Kawalan Pergerakan: Kadar Kemalangan Menurun 50 Peratus

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, kadar kemalangan jalan raya turun lebih 50 peratus. Perkara itu disahkan sendiri Pengarah, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias. Menurut laporan Harian Metro, sebanyak 612 kes direkodkan pada hari ketiga PKP berbanding 1,500 kes – yang merupakan jumlah purata dalam…

Kerajaan Pertimbang Penjara 20 Tahun, Denda RM100,000 Terhadap Pemandu Mabuk

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mendedahkan pihak kerajaan sedang pertimbangkan cadangan untuk mengetatkan hukuman terhadap pemandu mabuk. Lim Guan Eng membuat pendedahan tersebut ketika melakukan lawatan terhadap lima beradik yang kehilangan ayah mereka, Khairuzul Mohamad Noor, 39 tahun yang maut sementara isteri, Zuriana Hasan, 36 tahun mengalami koma susulan dilanggar pemandu mabuk dalam kejadian yang…

Lelaki Ini Kemalangan Gara-Gara Pengiring VVIP

Seorang netizen berkongsi pengalaman menyaksikan kejadian yang menimpa seorang penunggang motosikal di Lebuhraya Salak menghala ke Lebuhraya Persekutuan. VVIP who uses police escort during rush hour traffic including ministers and prime ministers are idiots. They should be stripped of this privilege. Another accident because of this. pic.twitter.com/8UYDy1pmWR — tevanraj (@tevanraj) January 7, 2020 Berdasarkan perkongsiannya…