Remaja 17 Tahun Bonceng Mayat Teman Wanita Sebelum Tinggalkan Di Garaj

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bertindak meninggalkan mayat kekasihnya di garaj rumah milik ibu bapa mangsa selepas terlibat kemalangan awal pagi Ahad.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon yang menjelaskan bahawa mayat mangsa dijumpai atuknya sekitar jam 10 pagi di garaj letak kereta.

Difahamkan, remaja lelaki terbabit dan mangsa telah keluar berjalan-jalan sekitar jam 3.30 pagi sambil menunggang motosikal sebelum merempuh kerbau yang melintas sekitar Felda Keratong 3.

Menurut kenyataan Azari, sejurus selepas kemalangan yang menyebabkan mangsa maut susulan kecederaan parah di kepala remaja lelaki terbabit bertindak memboncengkan mangsa pulang ke rumah keluarga mangsa dan meninggalkannya di garaj sebelum berlalu pergi kerana takut dimarahi.

Remaja lelaki terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut sementara mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah, Rompin, untuk jalani bedah siasat- Bernama

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply