Kelab motosikal Kawasaki GTROC (GTR Owner Club) telah mengadakan perhimpunan kali ke-6 mereka pada hari ini. Konvoi ini bermula dari ibu pejabat Kawasaki Motor (Malaysia) Sdn. Bhd. di Glenmarie, Shah Alam. Mereka akan menunggang menuju ke Melaka untuk bertemu dengan satu lagi kumpulan motosikal GTR bagi menjadikan jumlahnya sebanyak 300 buah motosikal.
Tag: Kawasaki Motor (Malaysia) Sdn Bhd
Malam Penghargaan Chia Motor PJ Kawasaki diadakan bagi memberi penghormatan kepada mereka yang berjasa dalam membawa kejayaan buat pasukan berkenaan. Pasukan tersebut berjaya merangkul kejohanan Pirelli Malaysia Superbike Championship 2018 bersama penunggang mereka, Azlan Shah Kamaruzaman. Mereka turut memenangi kategori Kejohanan Pasukan.
Jelajah Tunggang Uji Kawasaki akan berada di Sungai Petani, Kedah dari 1 hingga 3 Disember 2017. Ianya akan bertempat di Amanjaya Mall, Sungai Petani, dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah disediakan di samping tunggang uji motosikal yang sentiasa dinanti-nantikan.
Tercari-cari kumpulan motosikal Kawasaki untuk disertai? Di sini kami senaraikan beberapa buah kelab motosikal Kawasaki utama di Malaysia. Antara kumpulan motosikal Kawasaki yang paling aktif di dalam negara kita adalah Kawasaki Owners Group (KOG), Wilhin Motor Group, dan Welly Advance Bikers. Selain itu terdapat juga kelab motosikal Kawasaki Lady Bikers, Z800 HaVoc, ZX-6R /…