Jelajah Tunggang Uji Kawasaki – Tunggang uji Kawasaki Idaman Anda!

 

  • Jelajah Tunggang Uji Kawasaki akan berada di Sungai Petani, Kedah dari 1 hingga 3 Disember 2017.
  • Ianya akan bertempat di Amanjaya Mall, Sungai Petani, dari jam 10 pagi hingga 6 petang.
  • Terdapat pelbagai aktiviti yang telah disediakan di samping tunggang uji motosikal yang sentiasa dinanti-nantikan.

Ingin menunggang uji motosikal Kawasaki idaman anda? Jelajah Tunggang Uji Kawasaki yang juga telah diberi nama “Always Close to You””, akan membuat hentiannya di Kedah bermula dari 1 Disember 2017 (Jumaat) hingga 3 Disember 2017 (Ahad). Acara ini bakal diadakan di tempat letak kereta Amanjaya Mall, Sungai Petani, bermula dari jom 10 pagi hingga ke 6 petang.

xInilah peluang terbaik anda untuk menunggang uji rangkaian luas motosikal superbike Kawasaki, yang juga termasuk model yang menyeronokan dan menjelajah ke mana sahaja Versys-X 250, yang berprestasi tinggi dan tampak buas sekali Z900 ABS Edisi Khas, yang bergaya-revolusinari Z650 ABS serta yang pantas dan pada masa yang sama, mesra penunggang Ninja 650 ABS. Acara Jelajah Tunggang Uji Kawasaki ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman unik prestasi, keselesaan, dan keserbabolehan motosikal Kawasaki dengan orang ramai. Siapa tahu, anda mungkin sekali akan menemui motosikal yang sesuai dengan keperluan serta gaya anda dan anda berasa kagum dengan prestasinya itu.

Seperti ke semua program anjuran Kawasaki Motors Malaysia, keselamatan menjadi keutamaan paling utama, Oleh dengan itu, para penunggang mestilah berusia 18 tahun ke atas serta mempunyai lesen motosikal yang sah (lesen B Penuh diperlukan bagi mereka yang ingin menunggang uji motosikal berkapasiti melebihi 250cc). Sila berpakaian seluar panjang serta kasut yang tertutup (selipar dan sandal tidak benarkan) sekiranya anda ingin menunggang uji motosikal.

Setiap penunggang yang menunggang uji motosikal-motosikal ini juga akan mendapat kupon cabuan bertuah (sah pada hari acara yang berkenaan) yang akan memberikan mereka peluang untuk memenangi hadiah yang menakjubkan.

Selain daripada sesi tunggang uji berkenaan, KMSB juga turut menyediakan pelbagai aktiviti yang akan menghiburkan setiap pengunjung yang hadir ke acara ini.

KMSB juga turut bakal memperagakan pelbagai motosikal superbike Kawasaki termasuklah motosikal replika yang memenangi kejohanan WorldSBK, ZX-10RR. Ianya merupakan saudara bagi motosikal ZX-10R yang telah memenangi WorldSBK pada tahun 2013, 2015, 2016 (Kawasaki juga telah memenangi kejohanan pada tahun ini namun replika tahun ini belum lagi sedia untuk diperagakan). KMSB juga bakal mempamerkan motosikal pengeluaran yang terpantas di dunia – Kawasaki H2 – yang telah mencecah kelajuan sehingga 400km/j.

Selain itu, para pemilik motosikal Kawasaki juga boleh turut menghadiri jelajah ini dengan motosikal kesayangan mereka dan mendapatkan khidmat penyelenggaraan daripada kakitangan yang terlatih sewaktu acara berkenaan. Kakitangan daripada Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (Kawasaki Exclusive Service Centre – KESC) yang amat terlatih akan memberikan khidmat nasihat dan konsultasi secara percuma.

Tambahan pula, Bikers Gallery akan mempamerkan dan menjual rangkaian produk terkini pada harga serta pakej yang amat mengagumkan sewaktu berlangsungnya acara ini.

Jelajah Tunggang Uji Kawasaki ini adalah sebahagian daripada program KMSB dalam merapati bakal pengguna serta pelanggan Kawasaki yang sedia ada, serta, orang ramai secara umumnya. Layarilah laman sesawang rasmi KMSB dan laman Facebook rasmi mereka untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. “Let the Good Times Roll!”