Anda Mempunyai “Bakat Besi”? Sertai Peraduan Ini dan Serlahkanlah Kebolehan Anda!

 


Baru-baru ini, Modenas Malaysia telah melancarkan sebuah pertandingan yang telah diberi nama Bakat Besi: Peraduan Reka Bina, iaitu sebuah program pertandingan mencari bakat yang pertama di Malaysia untuk mencungkil bakat kejuruteraan serta rekaan motosikal.

Para pembina, mekanik, pelajar, serta penggemar motosikal akan diberi peluang untuk menjadikan minat mereka dalam merekacipta dan membina motosikal sebagai sebuah kerjaya. Bahagian pertama program ini adalah Bakat Besi: Peraduan Reka Bina, yang bertujuan untuk mencungkil bakat berkaitan dengan reka bina motosikal.

Terdapat begitu banyak bakat kreatif yang ada di dalam negara kita Malaysia ini. Namun, ianya terlindung dari pandangan mata awam disebabkan sama ada kurangnya pendedahan yang berterusan atau pun kerana para pembina ini hanya didorong oleh minat semata-mata.

Namun, apa yang ingin dilakukan oleh Bakat Besi : Peradua Reka Bina ini adalah untuk mengetengahkan bakat-bakat ini, dengan memberikan mereka sebuah platform untuk mempamerkan kemahiran reka bentuk dan kejuruteraan motosikal, dan dengan secara langsung, mencipta sebuah sumber pendapatan untuk diri mereka sendiri dan menaburkan benih-benih kreativiti dalam industri motosikal Malaysia.

Pertandingan ini terbahagia kepada dua kategori. Kategori pertama, dinamakan Bina Sifu, di mana sekumpulan 12 orang pembina motosikal (gambar di atas) terkemuka di Malaysia akan mengkhususkan motosikal Modenas V15, Pulsar RS200 dan Pulsar NS200 yang terkini. Modenas adalah penaja utama pertandingan Bakat Besi: Peraduan Reka Bina dan mereka telah menaja ke semua motosikal berkenaan.

Ke semua 12 orang peserta berkenaan akan dibahagikan kepada enam kumpulan, yang terdiri daripada seorang pembina dan seorang pereka bentuk, beserta dengan bajet sebanyak RM10,000 diperuntukkan bagi setiap binaan. Setiap penyertaan akan diadili berdasarkan rupa bentuk, prestasi dan nilai komersial. Pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai, sebuah motosikal Modenas yang baru, dan yang paling utama sekali, sebuah kontrak pengeluaran.

Dalam kategori yang kedua, dinamakan, Reka Sifu, para peserta akan menghantarkan rekaan konsep sebuah motosikal Modenas atau pun rekaan pelekat stiker mereka. Setiap penyertaan akan diadili oleh sebuah panel, serta oleh orang awam melalui media sosial.

Panel penghakiman akan memberikan 60% daripada mata keseluruhan, manakala mata yang selebihnya akan ditentukan oleh orang ramai.

Pertandingan Reka Bina ini akan dirakamkan, dan orang ramai akan dapat mendapat persepsi eksklusif rekaan serta proses pembinaan. Siri ini terdiri daripada sembilan episod yang akan ditayangkan di saluran YouTube rasmi Modenas.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, layarilah laman sesawang www.r8der.my dan ikutilah Bakat Besi: Peraduan Reka Bina di laman Facebook rasmi R8DER.

Saksikanlah video di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bakat Besi!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.