PDRM Lancar Ops Khas Sasar Motosikal Berkuasa Tinggi Seluruh Negara

Mengambil maklum tentang aktiviti menungang motosikal berkuasa tinggi di jalan raya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan operasi khas seluruh negara mensasarkan kumpulan tersebut.  Perkara itu disahkan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mohd Nasri Omar.  “Sebagai langkah pencegahan, JSPT akan mengadakan Op Khas Motosikal Berkuasa Tinggi di seluruh…

JSPT Cari Penunggang Motosikal Beraya Sambil ‘Wheelie’ Dengan Honda EX5

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman telah mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal yang dirakam melakukan aksi ‘wheelie’ dalam satu rakaman video yang tular baru-baru ini.  Video berdurasi 29 saat itu memaparkan seorang lelaki berbaju melayu bersama seorang wanita berbaju kurung melakukan ‘wheelie’ di Jalan Pasir Puteh, Kg Peringat, Kota Bharu,…

Enggan Berhenti Selepas Kantoi Guna Lorong Kecemasan, Pemandu BMW Ditahan

Jabatan Siasatan Jenayah Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman telah menahan seorang pemandu kereta jenis BMW selepas enggan memberhentikan kereta. Pemandu tersebut diarahkan berhenti selepas dikesan menggunakan lorong kecemasan di Kilometer (KM) 434 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan. Bagaimanapun, lelaki berusia 35 tahun itu terus memecut ke lorong kanan dan cuba melarikan diri. Walaupun polis beberapa…

JSPT Tahan 13 Pemandu Mabuk Di Kuala Lumpur

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur telah menahan seramai 13 lelaki ekoran didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam satu operasi yang diadakan di ibu negara, pada Sabtu. Perkara itu disahkan Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh setelah pihaknya melakukan operasi di sekitar Jalan Kuching, Jalan Raja Laut, Lebuh Raya…

Imam Muda Lengkap Berjubah Ditahan Beraksi ‘Superman’, YSuku Disita

Polis telah menahan lapan individu dalam Operasi Khas Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Lembah Klang, hujung minggu lalu. Lapan individu terbabit berusia seawal 14 tahun hingga 24 tahun dengan masing-masing dikesan menunggang secara berbahaya dan melakukan aksi ‘superman’. Antara yang ditahan termasuk seorang imam muda sebuah masjid di Rantau Panjang, Klang yang berusia 20…

Denda RM2,000, Penjara Hingga 2 Tahun Jika Guna ‘Strobe Light’

Sejak kebelakangan ini terdapat banyak kenderaan awam yang dirakam menggunakan ‘strobe light’ (lampu mata) sekaligus mencetuskan rasa tidak senang dikalangan pengguna jalan raya lain. Ini kerana, tindakan menyalakan lampu tersebut menyebabkan pemandu berkenaan seakan berlagak seperti pegawai penguatkuasa. Beberapa video yang tular juga telah mendapat perhatian pihak Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja…

Tak Boleh Balik Ke Singapura Selagi Tak Bayar Saman – JSPT

Warga Singapura tidak akan dibenarkan keluar dari Malaysia sekiranya mempunyai saman tertunggak. Pesalah trafik dari negara jiran itu juga boleh ditangkap sekiranya memiliki saman berstatus waran tangkap. Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim. “JSPT ingin mengingatkan kepada semua pesalah trafik warga Singapura bahawa mereka boleh…

Aidilfitri 2022 Bakal Undang 4.7 Juta Kenderaan Di Jalan Raya – JSPT

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menjangkakan sebanyak 4.7 juta kenderaan akan memenuhi jalan raya sempena perayaan Aidilfitri. Perkara itu dimaklumkan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim yang turut mengesahkan bahawa pihaknya akan menggerakkan 6,559 pegawai dan anggota trafik bagi memastikan kelancaran pengguna jalan raya. “Cuti raya pada tahun ini agak…