Motosikal yang ditunggang pelumba HRC Australia, Jett dan Hunter Lawrence, Honda CRF250R telah direka semula sepenuhnya untuk tahun 2022. CRF250R serba baru ini mempunyai pelbagai perubahan enjin dan casis yang membawa kepada peningkatan kuasa, penurunan berat dan peningkatan kebolehpercayaan. Jurutera Honda memperkenalkan pelbagai kemas kini yang meningkatkan kuasa, memnyempurnakan pengendalian dan menguatkan ketahanan dengan meningkatkan…
Tag: honda
Honda telah pun memperkenalkan CBF190TR sekitar 2019 di China, sebelum mengemaskini model tersebut setahun selepas itu. Bagaimanapun, memasuki 2021, Honda kini melancarkan CBF190TR versi ‘Special Edition’. Selain tampil dengan rekaan yang sama, CBF190TR kini tampil dengan pilihan warna Grey dengan kemasan Hitam dan Merah. Bahagian depan juga telah dinaik taraf dengan penggunaan penghadang angin di…
Honda CRF1100L Africa Twin bakal dapat suntikan turbo berdasarkan paten terbaru difailkan pengeluar motosikal Jepun itu. Africa Twin merupakan motosikal segmen adventure dengan enjin silinder berkembar 1,083cc yang menawarkan 98hp pada 7,500rpm dan 103Nm pada 6,000rpm. Namun jika dibandingkan dengan pesaing lain dalam segmennya, BMW R 120 GS dan Ducati Multistrada V4 menawarkan kuasa yang…
Beberapa bulan selepas melancarkan Civic generasi ke-11, Honda mendedahkan varian hatchback untuk pasaran gloal. Varian hatchbak ini akan dipasarkan di Jepun dan beberapa pasaran Eropah lain. Rekaan keseluruhan varian ini rata-rata mengguna pakai varian sedan namun dengan beberapa pengolahan antaranya gril depan berbentuk heksagonal. Bahagian belakang menampilkan perubahan paling ketara bagi menyesuaikan dengan konsep ‘hatchback’…
Honda telah pun melancarkan Super Cub 125 dan Monkey 125 2022 di Eropah. Enjin bagi kedua-dua model ini kini dinaik taraf bagi mencapai standard Euro 5 termasuk beberapa kemas kini yang dilaksanakan di bahagian chasis bagi meningkatkan keselesaan. Honda Super Cub 125 Super Cub merupakan model paling popular Honda dengan lebih 100 juta unit telah…
Honda Civic 2022 serba baharu telah pun mula dipasarkan di Amerika Syarikat, dua bulan selepas model itu dilancarkan secara global. Terdapat empat varian ditawarkan untuk pasaran negara itu yang merangkumi varian LX, Sport, (turbocharged) EX dan Touring dengan harga bermula dari USD22,695 (RM94ribu) hingga USD29,295 (RM121ribu). Menurut laporan, Honda Civic LX dan Sport didatangkan dengan…
Dalam laporan terbaru, pengeluar motosikal Jepun, Honda dikhabarkan sedang giat membangunkan sistem klac dengan bantuan elektronik. Sistem baharu itu seakan mirip konsep yang diguna pakai sistem throttle-by-wire yang merupakan antara ciri utama yang terdapat pada motosikal berkuasa tinggi ketika ini. Honda ketika ini menawarkan sistem kabel, hidraulik dan DCT (dual-clutch transmission) pada beberapa model motosikal…
Selepas beberapa tahun penantian, akhirnya pasaran Malaysia mampu berasa teruja seiring dengan negara jiran apabila Boon Siew Honda (BSH) melancarkan CBR250RR 2020! Honda CBR250RR didatangkan dengan enjin 249.7cc dengan silinder berkembar yang menjana 40hp pada 13,000rpm dan 25Nm pada 11,000rpm. Ini juga merupakan motosikal 250cc pertama di Malaysia yang didatangkan dengan fungsi quickshifter yang turut…
Dalam usaha memastikan motosikal ikonik, Honda VFR750R (RC30) terus hidup, pengeluar motosikal Jepun itu melancarkan program “RC30 Forever” di Eropah. Program tersebut membolehkan pemilik RC30 untuk menyelenggara motosikal tersebut dengan lebih 150 alat ganti tulen disediakan Honda. Pemilihan alat ganti tersebut telah diadakan sewaktu mesyuarat bersama-sama pemilik RC30 di Jepun dan Eropah. Sewaktu perjumpaan itu,…