Honda telah pun mengumumkan projek motosikal elektrik besar-besaran yang akan menyaksikan sebanyak 10 motosikal elektrik akan dilancarkan menjelang 2025. Sebahagian daripada usaha itu termasuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2050. Meskipun akan memperkenalkan motosikal elektrik namun Honda dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pembangunan enjin pembakaran dalaman akan tetap diteruskan namun akan memastikan kadar karbon dioksida dihasilkan…
Tag: honda
Menurut laporan sebelum ini, Honda akan memperkenalkan empat model serba baharu bermula dengan Honda Hornet 750. Enjin tersebut bukanlah platform parallel-twin 745cc yang ketika ini menggerakkan X-ADV 750, Forza 750 dan NC750X tetapi merupakan enjin 755cc serba baharu. Enjin baharu itu akan diperkenalkan pada Honda Hornet yang akan dilancarkan tahun ini. Apa yang menarik tentang…
Umum sedia maklum bahawa Honda akan memperkenalkan motosikal ‘adventure’ kelas pertengahan menerusi Honda XL750 Transalp. Laporan sulung mengenai motosikal ADV itu telah pun diterbitkan majalah Jepun, Young Machine pada November 2020. Ogos lalu, Honda telah pun memfailkan tanda nama XL750 Transalp di beberapa negara sekaligus mengesahkan kedatangan model serba baharu itu untuk pasaran dunia. Tatkala…
Joan Mir akan terus beraksi di kelas premier MotoGP bagi musim 2023 setelah disahkan menjadi pelumba pasukan Repsol Honda musim depan. Honda Racing Corporation (HRC) dalam satu kenyatana rasmi kepada media mengumumkan perkara tersebut. Menurut HRC, pelumba berusia 24 tahun itu akan beraksi dengan jentera Honda RC213V bersama pasukan factory setelah mengikat kontrak dua tahun….
Bagi yang mengikuti rapat perkembangan Honda kebelakanga ini, pastinya anda mengetahui bahawa pengeluar motosikal Jepun itu akan menghidupkan semula model Transalp. Honda juga telah memfailkan nama Transalp di beberapa negara antaranya Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Kedatangan Transalp sudah pun dijangka dengan Honda ketandusan motosikal ‘adventure touring’ dengan kapasiti enjin pertengahan berbanding pengeluar lain dalam…
Boon Siew Honda dengan rasminya melancarkan Honda CB250R 2022 untuk pasaran tempatan dengan harga RM23,999 (sebelum cukai jalan dan insurans). Model ‘neo-sport cafe’ ini menjalani kemas kini bagi tahun 2022 yang merangkumi naik taraf suspensi. Hasilnya, Honda CB250R 2022 kini didatangkan dengan fork depan 41mm Showa Separate Fork Function Big Piston (SFF-BP). Fork terbaru itu…
Honda CBR150R kini tampil dengan edisi Repsol bagi tahun 2022 menyertai pilihan warna sedia ada yang ditawarkan di pasaran. Livery Repsol ini secara tidak langsung menyerlahkan lagi rupa CBR150R secara menyeluruh terutamanya dengan penggunaan warna terang sama seperti yang terpampang pada jentera RC213V Honda di MotoGP. Penggunaan warna oren juga diterapkan di bahagian rim, tangki…
Umum mengetahui bahawa Honda bakal memperkenalkan beberapa model bernadikan enjin 750cc tidak lama lagi. Model dimaksudkan itu adalah Transalp 750 serta Hornet 750 dengan kedua-duanya telah pun disahkan menerusi dokumen dan tanda nama yang telah pun difailkan Honda di beberapa negara di Eropah dan Asia. Bagaimanapun, laporan terkini daripada majalah motosikal Jepun, Young-Machine mendakwa Honda…
Susulan peraturan baharu emisi yang akan dilaksanakan di Jepun, empat jenama besar motosikal di negara itu, Honda, Yamaha, Kawasaki dan Suzuki dilaporkan bakal memberhentikan pengeluaran beberapa model bermula hujung tahun ini. Rombakan tersebut akan dilakukan bagi mencapai standard emisi terbaru di Jepun. Pelaksanaan peraturan emisi di Eropah juga telah menyaksikan beberapa model jenama Jepun telah…