Motosikal Honda CB125M Concept telah dipersembahkan sewaktu acara pertunjukan EICMA 2018 di Milan baru-baru ini. Motosikal supermoto mini itu telah diperkenalkan bersama dengan saudara kembaranya, model Honda CB125X Concept. Antara spesifikasi yang ada pada motosikal Honda CB125M Concept ini adalah roda 17 inci Marchesini, tayar ‘slick’ Pirelli, dan ekzos SC-Project.
Tag: honda
Motosikal Honda CBR650R 2019 telah membuat kemunculannya sewaktu acara EICMA 2018. Honda telah melucutkan designasi “F”-nya dan menjadikan motosikal ini lebih agresif. Kami harap yang Honda dapat mengekalkan harga motosikal baharu ini seperti model CBR650F.
Sewaktu EICMA 2018, Honda Europe telah memperagakan model Honda CB125X Concept, sebuah motosikal kembara berkapasiti kecil generasi seterusnya. Motosikal Honda CB125X Concept menampilkan rupa bentuk yang amat kemas dengan suntikan besar pengembaraan, rupa bentuk agresif, dan kedinamikan. Cirinya yang paling menonjol selain daripada reka bentuk keseluruhannya adalah ekzos SC-Project dan lampu hadapan ganda tiga.
Motosikal Honda CB650R 2019 telah diperkenalkan pada EICMA 2018. Model ini dibina atas platform motosikal Honda CB650F. Ia melengkapkan rangkaian Neo Sports Café Honda.
Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan pilihan warna serba baharu buat model Honda Africa Twin 2018 mereka. Warna Matt Ballistic Black Metallic yang baharu memperagakan daya tarikan yang lebih anggun dan menawan sesuai bagi penunggangan dalam bandar. Pilihan warna baharu ini hanya disediakan bagi model standard yang datang dalam sama ada transmisi Manual atau DCT,…
Pusingan MotoGP di Motegi yang baru sahaja selesai menyaksikan peragaan motosikal Honda CBR250RR HRC 2019. Dilengkapi dengan skema warna tiga warna perlumbaan Honda, kemasan warna tersebut diinspirasikan oleh motosikal berkapasiti lebih besar, Honda CBR1000RR Fireblade. Skema warna ini masih dalam pertimbangan untuk pasaran Jepun, dan sekiranya ianya berjalan lancar, ianya akan boleh didapati menjelang bulan…
Musim acara pameran motosikal telah bermula untuk tahun ini. Pelbagai pengeluar telah mempersembahkan model terbaru mereka sebelum bermulanya pertunjukan-pertunjukan ini. Namun, ada banyak lagi yang masih belum diperkenalkan.
Honda Malaysia baru sahaja menandatangani sijil kerjasama (C0C) dengan Jabatan Politeknik dan Pendidikan Kolej Komuniti bersama Kementerian Pendidikan dalam menggabungkan modul latihan Honda dalam program latihan automotif.
Model Honda CB650F 2018 adalah versi naked bagi motosikal ber-reraup CBR650F. Kedua-dua motosikal ini berkongsi enjin yang sama namun dengan dinamik penunggangan yang berbeza. Model CB650F ini dihasilkan sebagai sebuah motosikal lumba naked, namun, ia juga merupakan sebuah motosikal yang serba boleh.