Ducati Malaysia (Next Bike Sdn. Bhd.) dengan secara rasminya telah melancarkan tiga buah model baharu bagi tahun 2018. Tiga model tersebut adalah Ducati Panigale V4, Multistrada 1260 S, dan juga Monster 821 tahun 2018 yang baharu. Harganya bermula dari RM60,900 sehinggalah ke RM362,900.
Tag: Ducati Panigale V4 2018
Ducati North America telah mengeluarkan dua panggilan semula bagi model Ducati Panigale V4 2018 terbaru. Ke semua 692 buah unit motosikal V4, V4 S, dan V4 Speciale telah terjejas dengan dua isu yang berkaitan dengan sistem pengudaraan bahanapinya dan juga penutup tangki bahanapi. Kedua-dua panggilan semula ini telah diisukan dengan segera kerana ia mungkin akan…
Perhimpunan Mega Panigale Kingdom Tahunan Kali Ke-3 2018 telah diadakan semalam (7 April 2018) di Gold Coast Morib International Resort. Lebih daripada 50 orang pemilik motosikal Panigale dari seluruh negara telah berkumpul di Putrajaya sebelum menuju ke Banting, Selangor untuk menghadiri hari keluarga tersebut. Ducati Malaysia turut memeriahkan acara istimewa ini dengan mengadakan pratonton khas…
Sebuah motosikal Ducati Panigale V4 2018 telah terbakar pada minggu lalu di Kanada. Puncanya masih belum diketahui, apa yang diketahui adalah penunggangnya menunggang motosikal tersebut seperti biasa apabila motosikal tersebut dijilat api. Ducati North America dengan pantas bertindak dan pemeriksaan kini sedang dijalankan bagi memastikan yang ini adalah sebuah kes yang terpencil.
Satu pos Facebook terkini oleh Ducati Pulau Pinang telah mengandaikan bahawa motosikal Ducati Panigale V4 2018 telah dibuka untuk tempahan. Dengan harga runcit semasa beserta GST pada RM133,900 hingga RM359,900, anda kini boleh mula membuat tempahan untuk motosikal Panigale V4, V4 S, dan V4 Speciale. Dijana oleh enjin 1,103cc, Desmosedici Stradale V4 90 darjah, evolusi…
Semenjak pelancaran motosikal Ducati Panigale V4 2018, orang ramai telah tertanya-tanya berkenaan harganya bagi pasaran di seluruh dunia. Walaupun ianya telah disahkan yang motosikal ini akan ditetapkan di antara €22,590 (RM110,182) hingga €39,900 (RM194,608) di Eropah, kami menyangkakan yang ianya mungkin sekali akan berharga di antara RM180,000 hingga RM250,000 setibanya motosikal itu di Malaysia…
Ducati telah mendedahkan rangkaian harga bagi motosikal Panigale V4 2018 mereka untuk pasaran Eropah yang bermula dai €22,590 (RM110,182). Harga itu meningkat kepada €27,890 (sekitar RM136,055) bagi model S manakala bagi edisi terhad Speciale pula diletakkan pada harga €39,900 (RM194,608). Ramalan harga untuk pasaran Malaysia adalah di antara RM180,00 hingga RM250,00 untuk ketiga-tiga model…
Bersama dengan pengenalan motosikal terbaru mereka, Ducati Panigale V4 dan Ducati Panigale V4 S, Ducati telah membuat kejutan dengan memperkenalkan motosikal Ducati Panigale V4 Speciale 2018. Motosikal Panigale Speciale 2018 menjana 226hp dan hanya seberat 165kg, oleh kerana ia menggunakan sistem ekzos titanium sepenuhnya Akrapovic dan roda magnesium. Hanya 1,500 buah unit motosikal Ducati Panigale…
Menjelangnya acara EICMA 2017 Milan Show, Ducati telah menyingkap tabir di sebalik motosikal terbaru mereka, Ducati Panigale V4 2018. Dilengkapi dengan enjin 1,103cc Desmosedici Stradale V4, motosikal Panigale V4 ini menghasilkan 212hp dan 120Nm tork maksima. Ducati juga turut memperkenalkan sebuah versi “S” bagi motosikal Panigale V4 ini yang dikatakan lebih ringan dan juga…