Ducati akhirnya mendedahkan Panigale V4 Superleggera 2020 selepas berminggu penantian. Ramai yang menjangkakan jentera eksklusif ini akan diperkenalkan dalam masa terdekat selepas beberapa gambar termasuk spesifikasi jentera edisi terhad – hanya 500 unit dibina – ini bocor di internet. Apatah lagi, beberapa klien penting Ducati telah menerima email secara langsung daripada Ketua Pegawai Eksekutif Ducati,…
Tag: Ducati Panigale
Ducati sememangnya sinonim dengan warisan rekaan motosikal yang menakjubkan. Pengeluar motosikal Itali itu tidak pernah gagal dalam menghasilkan jentera paling ‘seksi’ dalam dunia dua roda. Kali ini, peminat motosikal sekali lagi boleh berasa kagum dengan reka bentuk yang berkemungkinan akan diserap pada jentera elektrik pertama yang bakal dihasilkan Ducati. Tatkala pengeluar lain seringkali lari dengan…
Motosikal Ducati Panigale V4 telah dinamakan motosikal lumba terlaris dunia pada tahun 2018. 6,100 unit telah dijual daripada keseluruhan 9,700 unit Panigale. Bagaimana pun, jualan keseluruhan Ducati telah jatuh sebanyak 5% akibat kemerosotan pasaran Amerika Syarikat.
Ducati Panigale V4 telahpun dilancarkan di pasaran seluruh dunia dan ramai yang bertanya tentang prestasi jentera superbike terbaharu dari Ducati. Ducati Malaysia telah menjemput kami untuk menyertai Ducati Riding Experience (DRE) di dalam litar SIC iaitu program DRE Racetrack Academy. Kami diberi peluang untuk mencuba jentera Ducati Panigale V4 S dan uji secara maksimum kehebatan…
Perhimpunan Mega Panigale Kingdom Tahunan Kali Ke-3 2018 telah diadakan semalam (7 April 2018) di Gold Coast Morib International Resort. Lebih daripada 50 orang pemilik motosikal Panigale dari seluruh negara telah berkumpul di Putrajaya sebelum menuju ke Banting, Selangor untuk menghadiri hari keluarga tersebut. Ducati Malaysia turut memeriahkan acara istimewa ini dengan mengadakan pratonton khas…
Dua buah unit motosikal Ducati 1299 Panigale Final Edition 2017 telah pun tiba di Malaysia pada awal hari ini. Salah sebuah daripada motosikal tersebut telah pun dijual manakala sebuahnya lagi masih sedia menanti pemilik barunya. Ditetapkan pada harga RM339,999 (harga asas beserta GST), motosikal Final Edition ini boleh didapati di Ducati Malaysia di Petaling…
Motosikal Ducati Panigale V4 R 2019 telah dilihat sedang diuji di Jerez bersama dengan pasukan pengilang Ducati WorldSBK. Dibina untuk perlumbaan dan bagi mematuhi peraturan baru WorldSBK, varian R ini akan menggunakan enjin V4 1,000cc. Motosikal Panigale V4 R ini dijangka akan dilancarkan dalam bulan Julai sewaktu “World Ducati Week 2018”.
Satu pos Facebook terkini oleh Ducati Pulau Pinang telah mengandaikan bahawa motosikal Ducati Panigale V4 2018 telah dibuka untuk tempahan. Dengan harga runcit semasa beserta GST pada RM133,900 hingga RM359,900, anda kini boleh mula membuat tempahan untuk motosikal Panigale V4, V4 S, dan V4 Speciale. Dijana oleh enjin 1,103cc, Desmosedici Stradale V4 90 darjah, evolusi…