Andrea Dovizioso telah mengesahkan tempatnya dalam pasukan Ducati MotoGP bagi musim 2019 dan 2020. Perjanjian di antara ke dua belah pihak telah dimeterai semalam sebelum bermulanya hujung minggu HJC Helmets Grand Prix de France. Masa depan Jorge Lorenzo masih lagi samar buat masa ini.
Tag: Ducati Desmosedici
Ducati Team telah memperkenalkan jentera perlumbaan terkini mereka dalam bentuk Ducati Desmosedici GP18. Bersama dengan Joge Lorenzo dan Andrea Dovizioso, kemasan grafik itu terdiri dari gabungan warna merah dan putih Ducati serta kelabu. Tidak ada banyak maklumat yang telah diberikan mengenai motosikal pengilang Ducati MotoGP 2018 ini kecuali penambahan kuasa kudanya.
Ducati akhirnya telah melancarkan enjin V4 Desmosedici Stradale terbaru mereka semalam pada permulaan pusingan MotoGP San Marino di Misano. Versi jalanraya yang dihasilkan dari usaha MotoGP Ducati ini dikatakan mampu menghasilkan 210hp pada 13,000rpm dan 120Nm tork pada 12,250rpm….
Telah terbit satu gambar yang menarik yang tersebar di beberapa buah platform media sosial yang mengatakan ianya mungkin sekali sebuah motosikal superbike Ducati Panigale V4. Dijana oleh enjin V4 “Desmosedici Stradale” atau “Desmosedici Jalanraya”, enjin ini bakal diperkenalkan pada hujung minggu ini sewaktu pusingan MotoGP di Misano. Walaupun motosikal itu sudah pun pecah tembelangnya disebabkan…
Ducati telah memperkenalkan nama bagi enjin V4 terbaru mereka iaitu “Desmosedici Stradale” atau “Desmosedici Jalanraya”. Enjin baru bagi motosikal superbike pengeluaran Ducati yang dijan oleh V4 ini akan diperkenalkan pada hujung minggu ini semasa pusingan MotoGP San Marino. Desmosedici Stradale yang baru ini dikatakan sebagai sebuah hibrid di antara enjin GP V4 Desmosedici Ducati…
Kedua-dua tempat bagi pasukan Pull&Bear Aspar Team bagi musim 2018 telah disahkan setelah pengumuman mereka menandatangani Karel Abraham untuk satu lagi musim bersama pasukan MotoGP berkenaan. Kemunculan semula Abraham di grid MotoGPtelah membuahkan hasil yang memberangsangkan buat setakat ini dengan keputusan perlumbaan yang sentiasa berada di dalam kedudukan 10 teratas serta satu permulaan…
Tempat bagi MotoGP 2018 di pasukan Avintia Reale Ducati masih lagi tidak diisi memandangkan mereka masih belum mengesahkan sebarang penunggang buat masa ini. Penunggang semasa mereka, Loris Baz dan juga Hector Barbera dikatakan tidak akan meneruskan usaha perlumbaan mereka bersama dengan pusukan Avintia Ducati itu untuk musim hadapan. Desas-desus mengatakan Tito Rabat akan membawa…
Jakusa Design telah mengeluarkan beberapa rekaan konsep yang menarik bagi beberapa motosikal Ducati semasa dan yang terdahulu dengan beberapa kemaskini futuristik yang cukup cantik sekali. Mereka telah menghasilkan beberapa model contoh untuk model-model utama Ducati seperti Panigale, XDiavel, Desmosedici, Hypermotard, Monster serta banyak lagi. Di mana kebanyakan motosikal konsep cenderung untuk kelihatan terlalu futuristik,…
Ducati sering kali muncul dalam berita baru-baru ini setelah mereka mengumumkan bahawa mereka akan membuat satu pengumuman besar pada tarikh 7 Julai yang akan tiba nanti di litar Laguna Seca ketika pusingan MotoGP yang akan berlangsung di sana.