Ducati Memperkenalkan Nama Bagi Enjin V4 Baru – “Desmosedici Stradale”

 

  • Ducati telah memperkenalkan nama bagi enjin V4 terbaru mereka iaitu “Desmosedici Stradale” atau “Desmosedici Jalanraya”.
  • Enjin baru bagi motosikal superbike pengeluaran Ducati yang dijan oleh V4 ini akan diperkenalkan pada hujung minggu ini semasa pusingan MotoGP San Marino.
  • Desmosedici Stradale yang baru ini dikatakan sebagai sebuah hibrid di antara enjin GP V4 Desmosedici Ducati dan penjana kuasa Superquadro V2 semasa mereka dari siri Panigale.


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pusingan seterusnya MotoGP 2017 di San Marino dan mereka yang berada di Ducati telah bekerja dengan keras berkaitan dengan sesuatu yang teramat ISTIMEWA bagi industri motosikal. Kita sudah pun sedia maklum yang mereka akan memperkenalkan sesuatu berkaitan dengan motosikal superbike pengeluaran baru Ducati janaan V4 pada hujung minggu ini dan ianya sudah dipastikan yang ianya adalah sebuah enjin baru yang dinamakan oleh Ducati sebagai “Desmosedici Stradale”.

Enjin yang baru ini secara harfiahnya bermaksud “Desmosedici Jalanraya”, dan ini membayangkan yang ianya akan menjadi versi kegunaan jalanraya bagi motosikal mereka yang teramat popular, motosikal Ducati Desmosedici MotoGP, yang juga telah dijana oleh enjin V4 90-darjah, 1,000cc dengan injap desmodromik.

Andrea Dovizioso yang sedang mengemudi jentera Ducati Desmosedici GP17 (Sumber imej: MotoGP)

Selain dari namanya, media permotoran di seluruh dunia kini sedang sibuk mengumpul maklumat mengenai motosikal superbike pengeluaran Ducati V4 yang baru ini. Setakat ini, kita telah menyaksikan beberapa gambar intipan dan juga video yang menunjukkan motosikal baru itu sedang diuji di atas litar.

Gambar intipan motosikal superbike Ducati V4 (sumber imej: MCN)

Bagi mengetahui bagaimanakah bunyinya motosikal baru Ducati V4 ini, TEKAN SINI.

Enjin Ducati Superquadro yang digunakan dalam siri Panigale

Berdasarkan segala maklumat yang telah kita dapat setakat ini, kita dapat membuat andaian yang Desmosedici Stradale ini akan menjadi satu gabungan antara penjana kuasa V4 ciptaan-perlumbaan yang telah digunakan dalam usaha MotoGP pengeluar berkenaan bersama dengan enjin L-berkembar SuperQuadro semasa mereka yang digunakan untuk menjana siri Panigale.

Enjin hibrid yang unik antara enjin V2 dan V4 mereka ini juga dikatakan mempunyai aturan pembakaran yang unik yang menggabungkan ciri terbaik kedua-dua jenis enjin ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali.

Ducati 1299 Panigale R Final Edition

Domenicali juga turut menambah yang enjin Desmosedici Stradale ini mungkin sekali akan digunakan dalam motosikal berkuasa tinggi Ducati pada masa hadapan. Ini juga bermakna yang enjin ini cukup serba boleh untuk ditala bagi keluaran prestasi dan perwatakan yang berbeza bagi memenuhi keperluan jenis-jenis motosikal yang berbeza.

Mungkinkah akan wujudnya sebuah Ducati Multistrada janaan enjin V4?

Adakah enjin Desmosedici Stradale ini merupakan masa hadapan Ducati? Pada pandangan kami, ya, dan kami tidak sabar untuk menyaksikannya pada hujung minggu ini di San Marino. Persoalannya adalah sama ada mereka akan memperkenalkan hanya enjinnya sahaja atau pun motosikal superbike itu sendiri. TIDAK SABAR RASANYA MENUNGGU!

Teruskan bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini mengenai Ducati.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]