Gambar Intipan Motosikal Superbike Ducati Generasi Baru V4 Tersebar!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ducati sering kali muncul dalam berita baru-baru ini setelah mereka mengumumkan bahawa mereka akan membuat satu pengumuman besar pada tarikh 7 Julai yang akan tiba nanti di litar Laguna Seca ketika pusingan MotoGP yang akan berlangsung di sana.

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengumuman ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak syak lagi yang hari-hari motosikal Ducati Panigale semakin hampir ke penghujungnya, dan penggantinya akan tiba dalam masa yang terdekat. Media permotosikalan dari UK, MCN (Motorcycle News) telahberjaya mendapatkan satu set gambar yang menunjukkan apa yang mungkin sekali sebuah motosikal yang bakal menggantikan rangkaian Panigale nanti.

Telah terdapat berbagai khabar angin yang telah tersebar untuk buat sekian lama yang mengatakan bahawa motosikal superbike Ducati yang berikutnya akan dijana oleh enjin V4, seperti mana yang telah digunapakai olrh jentera perlumbaan MotoGP Ducati. Ianya bukanlah satu rahsia yang enjin L-berkembar Ducati Superquaddro telah menunjukkan batas kemampuannya dari segi kuasa, emisi, dan juga kecekapan. Ducati perlu memperkenalkan sebuah motosikal yang lebih pantas, lebih garang dan secara keseluruhannya lebih baik daripada Panigale. Sebuah motosikal yang dapat melakukan tugas yang lebih baik dalam merapatkan jurang antara jentera jalanan dan perlumbaannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Laporan dari MCN telah memetik kata dari Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali, “Saya mengesahkan bahawa Ducati sedang mengusahakan satu projek enjin empat silinder untuk motosikal jalanan,” beberapa bulan yang lalu.

Ianya juga satu berita yang besar bagi pasukan siri perlumbaan WorldSBK Ducati, yang juga akan menerima V4 terbaru ini, namun pada tahun 2019 akan datang. Paulo Ciabatti telah mengesahkannya,”Kami akan berlumba dengan Panigale untuk tahun 2017 dan 2018, jadi semestinya kami akan terus membangunkan enjin ini untuk terus kekal berdaya saing.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Generasi berikutnya bagi motosikal jalanan Ducati sudah pasti akan mendapat kelebihan dengan pengalaman sukan permotoran yang lebih berbanding dengan Panigale. Bercakap mengenai motosikal terbaru ini, Domenicali menambah, “pembangunan enjin yang telah kami capai dalam MotoGP sungguh luar biasa – kami mempunyai enjin yang begitu ringan, amat boleh diharap, dan dengan begitu banyak teknologi yang menarik. Kami secara serius pertimbangan untuk menjadikannya tersedia untuk para pelanggan tetap kerana sesungguhnya ianya sebuah mahakarya kejuruteraan – sudah pasti yang telah diubah kepada sesuatu yang boleh dijual pada harga yang premium, tetapi, berpatutan – supaya ianya tidaklah terlalu eksotik seperti Desmosedici, tetapi lebih kepada sebuah motosikal lumba beraras tinggi. Kami sudah semestinya akan berlumba dengan jentera ini dalam siri WorldSBK.”

Berdasarkan petikan itu, sudah jelas sekali yang enjin V4 terbaru ini akan berada di tahap bawah 1000cc disebabkan peraturan enjin WorldSBK, namun pengeluar motosikal kebiasaannya akan mencipta satu edisi homologasi istimewa. Seperti Panigale semasa, ia mungkin juga akan ada sebuah model V4 1000cc yang membawa nama R pada namanya. Dan juga seperti Panigale yang semasa ini, kemungkinan besarnya ia akan didatangkan dalam dua model tambahan – model standard dan juga barangkali sebuah model S – yang mana ia mungkin dijana oleh sebuah enjin V4 1200cc.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Motosikal-motosikal yang terpapar dalam gambar-gambar ini jelas sekali adalah motosikal ujikaji yang telah dibangunkan sepenuhnya, dan berkemungkinan besar merupakan ianya V4 yang akan datang. Dengan perincian yang sesuai untuk kegunaan di atas litar dan juga jalan raya, dan tampak jelas sekali ianya satu evolusi penggayaan Panigale, ditambah dengan berita yang edisi muktamad Panigale yang hanya beberapa hari sahaja lagi dari pengenalan globalnya, tidak syak lagi bahawa ianya motosikal superbike Ducati generasi seterusnya.

Apa yang kita ketahui tentang motosikal ini? Pertama sekali, ianya telah menggantikan rekaan ‘tanpa kerangka’ monocoque Panigale dengan kerangka tempa ‘twin-spar‘ yang konvensional. Ianya sekitar separuh daripada saiz kerangka normal. Rekaan motosikal baru ini juga ternyata berbeza namun serupa, lebih rendah dari Panigale tetapi berlainan daripada motosikal lumba Ducati yang lain, motosikal lumba Ducati yang terbaru ini nyata lebih besar dari sebelumnya, dan dengan keleberan yang hampir sama dengan motosikal empat silinder keluaran Jepun.

Lampunya juga kelihatan amat berbeza dan lampu hadapan dan lampu sisinya telah diubah kedudukannya ke liang masukan udara, seperti mana yang dapat dilihat pada gambar di bawah dan juga di atas yang mempamerkan lampu hadapan LEDnya. Gambar-gambar ini juga menunjukkan penyerap hentakan belakang yang telah diubah kedudukan dan kini terletak di belakang pergelangan kaki penunggang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kami akan terus menyebarkan berita terkini motosikal ini dalam masa terdekat.

TERKINI:

Laman sesawang AMCN (Australian Motorcycle News) telah menyebarkan satu gambar di bawah yang menunjukkan gambaran kemungkinan rupa bentuk motosikal superbike Ducati V4 yang akan datang. Tidak diketahui sehampir manakah rupanya dengan motosikal yang sebenarnya nanti, namun ianya kelihatan amat mempersonakan!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber berita dan gambar : MCN

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]