Pengeluar motosikal Benelli bakal melancarkan motosikal cruiser terbaru mereka, Benelli 402S 2018 pada tahun hadapan. Secara terang-terangan mengambil ilham dari motosikal power cruiser Ducati XDiavel, motosikal Benelli 402S mempunyai pelbagai persamaan dari segi rupa parasnya. Dijana oleh enjin berkembar-selari 399cc, motosikal 402S ini dikatakan mampu menghasilkan 39hp dan 35Nm tork.
Tag: Ducati
Enjin motosikal adalah jiwa sesebuah motosikal. Tidak semua enjin tampak serupa dan ada segelintir daripadanya yang amat cantik sekali. Ianya bukan sahaja sebagai pelengkap motosikal legenda, tetapi, sering kali menjadi punca motosikal yang dirumahi itu berstatus legenda.
Ducati telah mengumumkan bahawa mereka bakal membuka taman tema Ducati World pada tahun 2019. Bertapak di Emilia-Romagna, tanah yang berkeluasan 35,000 meter persegi akan ditukarkan menjadi taman hiburan bertemakan motosikal yang pertama di dunia. Dengan roller-coaster bertemakan Ducati, pengalaman alam maya, muzium dan pelbagai lagi tarikan, Ducati World bakal menjadi salah sebuah taman tema…
Semenjak pelancaran motosikal Ducati Panigale V4 2018, orang ramai telah tertanya-tanya berkenaan harganya bagi pasaran di seluruh dunia. Walaupun ianya telah disahkan yang motosikal ini akan ditetapkan di antara €22,590 (RM110,182) hingga €39,900 (RM194,608) di Eropah, kami menyangkakan yang ianya mungkin sekali akan berharga di antara RM180,000 hingga RM250,000 setibanya motosikal itu di Malaysia…
Ducati telah mendedahkan rangkaian harga bagi motosikal Panigale V4 2018 mereka untuk pasaran Eropah yang bermula dai €22,590 (RM110,182). Harga itu meningkat kepada €27,890 (sekitar RM136,055) bagi model S manakala bagi edisi terhad Speciale pula diletakkan pada harga €39,900 (RM194,608). Ramalan harga untuk pasaran Malaysia adalah di antara RM180,00 hingga RM250,00 untuk ketiga-tiga model…
Perlumbaan terakhir bagi musim MotoGP 2017 akan bermula pada malam ini pada jam 9.00 malam (waktu tempatan) di antara Andrea Dovizioso dan Marc Marquez. Penunggang bagi pasukan Repsol Honda, Marc Marquez sedang mendahului kejohanan bagi musim 2017 dengan 21 mata di hadapan penunggang pasukan Ducati, Dovizioso. Satu-satunya cara untuk Dovizioso dinobatkan sebagai Juara…
Tambahan terkini pada keluarga Scrambler telah pun diperkenalkan dalam bentuk motosikal Ducati Scrambler 1100 2018. Enjin V-berkembar, sejukan udara, 1,079cc serba baru telah dilengkapkan pada motosikal Scrambler terbaru ini yang mana ianya dapat menghasilkan kira-kira 85hp dan 88Nm tork. Terdapat tiga buah model berbeza yang boleh didapati; Ducati Scrambler 1100, Ducati Scrambler 1100 Special, dan…
Ahli keluarga Multistrada terbaru telah pun diperkenalkan dalam bentuk motosikal Ducati Multistrada 1260 2018. Terdapat tiga buah model yang berbeza telah disediakan, Multistrada 1260, Multistrada 1260 S, dan Multistrada 1260 S Pikes Peak. Enjin 1,262cc Testastretta DVT yang kini patuh Euro-4 diambil daripada motosikal XDiavel dapat menjana sehingga 158hp pada 9,750rpm dan 130Nm tork…
Motosikal Ducati 959 Panigale Corse 2018 adalah salah sebuah motosikal yang telah diperkenalkan semalam sewaktu “2018 Ducati World Premiere”. Motosikal 959 Panigale Corse ini dilengkapi dengan pakej suspensi keseluruhan Ohlins, kemasan grafik berinspirasikan MotoGP dan ekzos titanium ‘slip-on‘ Akrapovic. Walaupun harganya belum lagi diberitahu, kami pasti yang ianya akan berada di atas tahap RM100,000 sebaik…