Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mencari penunggang motosikal yang didapati bukan sahaja melawan arus malah turut menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dalam satu kejadian yang berlaku di susur Hulu Klang, Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), hari ini. Mangsa yang menunggang motosikal jenis Ducati, hilang kawalan ekoran berselisih dengan seorang penunggang motosikal yang…
Tag: Ducati
Marc Marquez menegaskan sasaran utamanya adalah untuk kekal bersama Honda namun tidak menolak kemungkinan untuk berhijrah ke pasukan lain seperti Ducati. Marquez telah bersama Honda sepanjang kariernya dan walaupun Ducati sendiri telah menafikan khabar angin yang kaitkan pasukan Itali itu dengan Marquez, desas-desas tersebut masih lagi bertebaran. Antara yang buka mulut mengenai khabar angin itu…
Bagi yang berasakan warna merah Ducati terlalu garang dan menonjol mungkin akan berminat dengan pilihan warna baharu yang ditawarkan pengeluar motosikal Itali itu bagi tahun 2024. Ini kerana Ducati Monster keluaran 2024 didatangkan dengan pilihan warna Iceberg White. Pilihan warna baharu itu ditawarkan bagi Monster dan Monster Plus dengan varian Plus dibezakan dengan tempat duduk…
Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia mencetuskan suasana panas di kem MotoGP apabila mendakwa perlu ada jurang antara jentera factory dan satelit dalam satu rakaman video yang dimuat naik ke laman rasmi MotoGP. Dalam temu bual tersebut (yang dibuat selepas perlumbaan di GP Perancis), Bagnaia memberi pendapatnya bagaimana untuk mengurangkan risiko kemalangan di peringkat awal perlumbaan. “Ada…
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan beberapa mat rempit yang dirakam menunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor. Video berdurasi 20 saat itu memaparkan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi melakukan aksi ‘wheelie’ di samping menunggang secara berbahaya. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, pihaknya menerima rakaman video tersebut pada jam…
Pelumba Ducati Francesco Bagnaia, meneruskan kecemerlangan merangkul kejuaraan dunia musim lalu dengan memenangi aksi pembukaan Kejuaraan Dunia MotoGP 2023 di Portimao, Portugal, hari ini. Bagnaia mengutip 25 mata penuh selepas berjaya mengatasi beberapa asakan pelumba lain. Susulan daripada kejayaan memenangi perlumbaan Sprint pada Sabtu, Bagnaia kini mengutip 37 mata keseluruhan. Sementara itu, pelumba factory Aprilia…
Sempena meraikan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tiba tidak lama lagi, Ducati Malaysia mempunyai pelbagai tawaran menarik untuk peminat jenama motosikal Itali itu. Pertamanya, nikmati penjimatan sehingga 35 peratus bagi barangan cenderamata Ducati termasuk pakaian dan aksesori tulen Ducati. Tak cukup dengan itu, Ducati Malaysia juga menawarkan penjimatan 35 peratus bagi…
Dalam usaha mengukuhkan jenama di pentas dunia, Ducati menawarkan program ‘Ducati Borgo Panigale Experience’. Program tersebut membolehkan peminat jenama motosikal Itali itu menikmati pengalaman terbaik termasuk sejarah 90 tahun Ducati di Muzium Ducati. Dalam pada itu, Ducati turut menjalinkan kerjasama dengan Lamborghini yang membenarkan pengunjung melihat sendiri proses kejayaan automotif di Motor Valley. Sementara itu,…
Jenama motosikal premium Itali, Ducati melakar rekod baharu dalam sejarah syarikat itu apabila pertama kalinya merekodkan pendapatan lebih EUR1 bilion pada 2022, sekaligus menandakan peningkatan 24 peratus berbanding EUR878 juta pada tahun sebelumnya. Tidak cukup dengan itu, Ducati juga merekodkan keuntungan operasi yang tinggi dengan EUR109 juta, berbanding EUR61 juta pada 2021 sekaligus menyaksikan kenaikan…