Aprilia RS660 Masuk Pasaran Malaysia Hujung Tahun

Jentera yang diperkenalkan di EICMA 2019, Aprilia RS660 akan dibawa masuk ke pasaran negara, hujung tahun ini. Perkara itu disahkan sendiri Ketua Pemasaran Piaggio Asia Pasifik, Nicola Capello, ketika memperkenalkan Aprilia RSV4 X bersama Max Biaggi di Le Noir, Kuala Lumpur, malam tadi. Berita tersebut bukan satu kejutan tatkala Capello turut mendedahkan Malaysia merupakan antara…

Selamat Tinggal NAZA, Didi Resources Pengedar Baharu Jenama Vespa!

  Piaggio Group mengumumkan Didi Resources Sdn Bhd selaku pengedar rasmi baharu jenama Piaggio & Vespa menggantikan NAZA Premira Sdn Bhd, hari ini. Menurut Pengarah Urusan Piaggio Vietnam selaku Naib Presiden Eksekutif Asia Pasifik 2 Wheeler, Gianluca Fiume, pelantikan Didi Resources merupakan strategi Piaggio untuk menyatukan semua jenama di bawah satu bumbung. “Pelantikan Didi Resources…

Hanya RM10 Untuk ‘Oil Filter’ Original Aprilia Dan Moto Guzzi!

Kebiasaannya pengguna motosikal jenis Aprilia dan Moto Guzzi perlu membelanjakan lebih RM350 untuk servis penuh – minyak enjin, penapis minyak dan upah – tetapi Didi Resources, pengedar rasmi kedua-dua jenama motosikal Itali itu sedang menawarkan harga istimewa! Pelanggan kini hanya dikenakan RM10 bagi pertukaran penapis minyak sekaligus menjimatkan kos keseluruhan servis yang kini bermula serendah…

Bawa Balik Moto Guzzi Idaman Secara Percuma Sehingga 6 Bulan!

Didi Resources Sdn Bhd, pengedar rasmi Moto Guzzi menawarkan promosi luar biasa buat peminat jenama motosikal Itali itu. “Ride-Now-Pay-Later” memberi peluang kepada orang ramai untuk membawa balik sebuah jentera Moto Guzzi secara percuma sehingga 6 bulan sekaligus anda tidak perlu pening kepala tidak cukup duit untuk memiliki motosikal idaman! Tawaran ini terbuka dari 15 Jun…

Welly Sungai Buloh Dilantik Sebagai Wakil Pengedar Rasmi Dan Cawangan Perkhidmatan Selepas Jualan Bagi Moto Guzzi Serta Aprilia!

Welly World Cycle atau lebih dikenali sebagai Welly Sungai Buloh cukup dikenali ramai atas perkhidmatan jualan dan sokongan selepas jualan mereka bagi beberapa buah jenama motosikal. Welly Sungai Buloh merupakan wakil pengedar rasmi untuk Ducati dan KTM Motorcycles, serta beberapa buah jenama yang lain. Mengembangkan lagi portfolionya, Welly Sungai Buloh kini merupakan wakil pengedar rasmi…