Big Bike Warehouse: 53 Motosikal Dijual, Lebih RM4.5 Juta Berjaya Dikutip!

Advertisements

Big Bike Warehouse melakar sejarah baharu dalam dunia dua roda apabila merekodkan lebih RM4.5uta penjualan motosikal dan aksesori dalam tempoh tiga hari acara tersebut berlangsung.

Diadakan di Warehouse 15 Gasket Alley, acara yang berlangsung selama tiga hari itu bertujuan untuk menawarkan promosi istimewa terhadap pelanggan yang mengidamkan peluang memiliki jentera idaman.

Antara jenama yang dijual ketika BBW terdiri daripada Harley Davidson, Ducati, Moto Guzzi, Modenas, Vespa dan Kawasaki.

Menariknya, daripada sejumlah motosikal dipamerkan, lebih 53 unit berjaya dijual.

Kejayaan itu disahkan sendiri Pengurus Besar Didi Resources, Juan Chow Wee.

“Lebih RM4.5 juta berjaya dikutip menerusi BBW yang melibatkan jenama motosikal pelbagai antaranya Harley Davidson, Ducati, Moto Guzzi, Modenas, Vespa dan Kawasaki.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakan niaga yang turut sama terlibat dalam program BBW in,” jelasnya.

Sementara itu, Juan turut memaklumkan bahawa Didi Resources bersama rakan niaga lain bercadang untuk mengadakan program kedua BBW kali ini di lokasi berbeza agar dapat merealisasikan lebih ramai impian pelanggan memiliki jentera idaman pada harga istimewa.

“Objektif kami seterusnya adalah untuk meraih lebih banyak kerjasama termasuk jika ada pihak yang berminat untuk menaja tapak BBW.

“Ini supaya kami dapat menawarkan pakej sama kepada rakan niaga kami secara percuma kecuali dengan syarat mereka mempromosikan program tersebut di samping memperkenalkan tawaran menarik kepada pelanggan,” tambah Juan.

Antara rakan niaga yang turut terlibat di BBW sejak Jumaat lalu hingga Ahad adalah Sepang International Circuit, Diddy Adventure, Riders Garage, Zeus helmet, HJC helmet, Shoei helmet, KYT helmet, Petronas, ELF, Motul, Akrapovic, Ktech, Hypergear, GIVI, Sheng Fatt Superbike, Goh Brothers Motorcycles, Hup Seng Bikerz and Modenas Power Store.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.