Dominar 250 Bakal Dilancarkan Di India, Hampir Pasti Masuk Malaysia?

Advertisements

Baru-baru ini, Bajaj dilaporkan bakal memperkenalkan Dominar D400 versi 250cc sekaligus menawarkan pilihan lebih mampu milik kepada orang ramai.

Perkara itu disahkan sendiri Pengarah Urusan Bajaj Auto, Rajiv Bajaj di samping beberapa perkongsian imej jentera terbabit sedang menjalani ujian.

Bajaj turut memuat naik sebuah video teaser bagi memaklumkan ketibaan Dominar 250.

Ketika ini, Bajaj menawarkan satu versi Dominar D400 dengan enjin 373.3cc satu silinder 4-strok, DOHC yang menjana 39hp pada 8,650rpm dan 35Nm pada 7,000 namun versi dinaik taraf ini masih belum diperkenalkan di Malaysia.

Dominar D400

Difahamkan, Dominar 250 bakal mengguna pakai enjin KTM Duke 250 248.8cc yang telah diolah semula agar kuasa dan prestasi yang dihasilkan lebih rendah.

Selain itu beberapa ciri yang terdapat pada versi 400cc akan dikekalkan pada 250cc kecuali beberapa aspek antaranya swingarm, fork depan dan beberapa faktor lain yang harus diketepikan agar dapat menawarkan harga yang lebih mampu milik.

Menurut laporan Gaadiwaadi, Bajaj akan melancarkan Dominar 250 hujung bulan ini di India.

Manakala Modenas selaku pengedar jenama Bajaj di Malaysia turut mengesahkan akan melancarkan lapan buah model tahun ini – antaranya penjenamaan semula jentera Kawasaki – adakah lapan daripadanya melibatkan Dominar 250?

Jangan lupa ikuti YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.