Vespa Racing Sixties Mendarat Di Malaysia – Dari RM19,100!

Advertisements

Pengedar rasmi Vespa di Malaysia, Didi Resources melancarkan dua model edisi Racing Sixties bagi pasaran Malaysia.

Dua model ini merangkumi Vespa GTS Super 300 dan Sprint edisi Racing Sixties yang merupakan edisi khas diinspirasikan daripada jentera perlumbaan.

Elemen paling menonjol merupakan pilihan warna yang disertakan gabungan warna merah dan putih serta hijau dan kuning.

Pada masa sama, kedua-dua model ini turut didatangkan dengan rekaan tempat duduk, rim dan kemasan baharu yang lebih menonjol.

Inspirasi Racing Sixties ini datangnya daripada perlumbaan ‘gentleman riders’ yang diadakan pada era 60an.

Antara ciri paling memberi tumpuan merupakan warna terang yang diterapkan yang sering dikaitkan dengan warna bendera yang diwakili pelumba.

Vespa Racing Sixties ini benar-benar memaparkan semangat perlumbaan klasik seperti Targa Florio.

Bagi melengkapkan lagi model edisi khas ini, beberapa aksesori dan pakaian turut diperkenalkan.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan Vespa edisi terhad dengan harga berikut:

  • Vespa GTS Super Racing Sixties – RM31,400
  • Vespa Sprint Racing Sixtis – RM19,100