Malaysia Superbike Championship 2018 (MSC 2018) akan menyaksikan pasukan TOC HKMTOYO Racing Team bertanding dalam kategori Superstock dan Superbike. Sepasukan empat jentera telah dibentuk, dan ianya terdiri daripada para penunggang seperti Mohd Ramdan Rosli, Muhammad Jamalul Tarmizi, Amirul Hafiq Azmi, dan Nasarudin Mat Yusop. TOC HKMTOYO Racing akan memulakan perlumbaan esok dari P2 dan…
Tag: BMW Motorrad
Azlan Shah Kamaruzaman akan memulakan pusingan pertama bagi Malaysia Superbike Championship (MSC) 2018 yang akan berlangsung esok (Ahad, 13 Mei 2018) di Petak Pertama. Menunggang bagi pasukan Chia PJ Kawasaki Racing, Azlan menunjukkan prestasi hebat sepanjang sesi kelayakan. Penunggang berusia 33 tahun itu telah mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan di atas jentera Kawasaki…
BMW Motorrad baru-baru ini telah mengumumkan bahawa keluarga Heritage R nineT mereka telah pun lengkap dengan lima buah model. Ia juga bermakna bahawa tidak akan ada tambahan yang baru dalam rangkaian R nineT. Mereka juga turut melaporkan peningkatan jualan sebanyak 7.2% bagi dua bulan pertama tahun 2018 dengan jualan 18,627 unit.
BMW Motorrad telah memperkenalkan sebuah casis cetakan 3D BMW S 1000 RR. Keseluruhan casis dan lengan ayunnya telah dibina menggunakan teknologi cetakan 3D dipanggil “Additive Manufacturing”. Bahagian-bahagian tiga dimensi yang diperbuat dari plastik dan keluli dibentuk lapis demi lapis boleh dibina dengan lebih pantas dan pada masa yang sama mengekalkan kualitinya.
BMW Motorrad Nightfuel Putrajaya 2018 telah berlangsung pada hujung minggu lalu. BMW Motorrad Malaysia telah memperagakan kelengkapan menunggang serta aksesori terbaru untuk motosikal BMW dan R nineT. Acara tersebut juga dipenuhi dengan aktiviti cabutan bertuah, persembahan kugiran serta jamuan yang hebat.
Motosikal konsep BMW R1250 Global Sport Concept ini telah direka oleh Oberdan Bezzi. Direka sebagai sebuah jentera kembara yang lebih sporty, motosikal BMW R1250 ini mempunyai gaya yang lebih agresif dan lebih rendah. Dijana oleh enjin boxer sejukan udara 1,250cc, meredahi mana-mana muka bumi akan menjadi lebih mudah dan pantas.
Millennium Welt dan BMW Motorrad Malaysia telah membuka wakil pengedar BMW Motorrad pertama di Negeri Sembilan. Terletak di Seremban, ianya wakil pengedar BMW Motorrad ke-11 di Malaysia. Penggemar dari kawasan berhampiran kini boleh melihat sendiri motosikal terkini BMW tanpa perlu pergi jauh.
Kebanyakan jenama Eropah menyaksikan peningkatan positif bagi tahun 2017. Peraih terbesar adalah BMW, KTM, Piaggio, dan Triumph (mengikut turutan huruf). Adakah ini kemunculan semula motosikal Eropah menandingi kekuasaan pengeluar dari Jepun?
Motosikal BMW S 675 R Concept ini telah dilakar oleh pereka industrial Nicolas Petit. Terdapat hanya segelintir sahaja pengeluar yang masih menghasilkan motosikal 600cc. BMW belum mengumumkan sama ada mereka akan menjinakkan diri dalam segmen supersport 600cc.