Sebut sahaja motosikal keluaran negara China, pasti akan timbul suara skeptikal daripada orang ramai. Manakan tidak, kebanyakkan daripada kita berpendapat motosikal keluaran negara Tembok Besar itu adalah tidak berkualiti dan tidak tahan lama. Terdapat pelbagai jenama motosikal yang berasal dari China yang telah pun menembusi pasaran Malaysia, antaranya, Keeway, CFMoto, KTNS dan CMC namun masih…
Category: ZT310-T
Artikel oleh Wahid Ooi Abdullah untuk Bikes Republic Jika anda tidak puas lagi menatap gambar motosikal Zontes yang telah dilancarkan minggu lepas, kami ada beberapa buah gambar baharu yang ingin ditunjukkan. Kami telah berpeluang melawat kilang jenama tersebut di Guangdong, China. Tataplah gambar-gambar aksi motosikal-motosikal ini!
Zontes Malaysia telah melancarkan model Zontes ZT310-T, Zontes ZT310-R, Zontes ZT310-X, dan Zontes ZT310-X GP. Ianya telah ditawarkan pada harga RM19,800 – RM22,800 (tanpa insurans). Zontes menawarkan model berinovasi tinggi, lengkap dengan teknologi terkini dan prestasi terhebat pada harga yang mengagumkan.
Zontes Malaysia telah mengesahkan pelancaran bagi empat buah model pada 27 Februari. Model-model tersebut adalah ZT310-T, ZT310-R, ZT310-X, dan ZT310-X GP. Keempat-empat model ini adalah motosikal ringan yang didatangkan lengkap dengan ciri-ciri motosikal berkapasiti tinggi.