Model Yamaha MT-07 Tracer tidak hadir dalam rangkaian Hong Leong Yamaha Motor. Adakah kita akan menyaksikan model ini dilancarkan sewaktu Persidangan Pengedar Yamaha pada hujung bulan ini? Atau adakah kita akan menyaksikan kehadiran motosikal MT-09 Tracer GT?
Category: Yamaha
Model Yamaha YZF-R1 GYTR telah habis dijual ke semuanya dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Kru pasukan Yamaha Racing Team yang telah memenangi perlumbaan Suzuka 8-Hours Endurance bertanggungjawab dalam pembinaannya. Hanya 20 buah unit yang ditawarkan pada harga €39,500.
Hong Leong Yamaha Motor telah mengumumkan warna baharu bagi motosikal Yamaha X-Max 250 2018. Harga asasnya kekal pada RM21,225 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Penghantaran akan bermula pada bulan ini (Disember 2018).
Seorang penunggang motosikal telah menawarkan motosikal Yamaha R1-nya kepada polis bagi mengejar seorang saspek langgar lari. Dia memutuskan untuk membantu setelah melihat pemandu trak pikap merempuh sekatan jalan raya polis. Dia bersama anggota polis berkenaan telah mengejar trak tersebut dan berjaya menghentikannya.
Skuter Yamaha NVX 2019 Didatangkan dengan warna baharu dan suspensi yang dikemaskini. Penyerap hentakan belakangnya kini dilengkapi dengan takungan ‘remote reservoir’. Model 2019 ini boleh mula didapati bermula pertengahan bulan Disember 2018.
Juara bertahan dan pemegang takhta kejohanan Formula 1 lima kali, Lewis Hamilton, telah terbabas sewaktu menunggangi motosikal superbike di atas litar. Dia telah ditemani oleh para penunggang bagi pasukan Yamaha WorldSBK, Alex Lowes dan Michael van der Mark. Dia kemudiannya telah meluahkan rasa sayangnya terhadap motosikal dan membuat satu permintaan buat Valentino Rossi.
Yamaha telah memperkenalkan model Yamaha YZF-R3 2019. Dengan ini sudah pasti akan ada berita mengenai model YZF-R25 2019 untuk pasaran Malaysia dalam masa yang terdekat. Penggayaan motosikal baharu ini diilhamkan dari model YZF-R1.
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) baru sahaja mengumumkan edisi baharu Yamaha MT-07 2018 yang akan dikeluarkan di pasaran Malaysia mulai bulan Oktober ini. Bertemakan ‘Dark Attraction’, model terkini Yamaha MT-07 didatangi dengan beberapa penambahbaikan yang menarik.
Musim acara pameran motosikal telah bermula untuk tahun ini. Pelbagai pengeluar telah mempersembahkan model terbaru mereka sebelum bermulanya pertunjukan-pertunjukan ini. Namun, ada banyak lagi yang masih belum diperkenalkan.