Alvaro Bautista dan Ducati telah meneruskan dominasi mereka dengan memenangi ketiga-tiga perlumbaan pada hujung minggu ini di Litar Buriram di Thailand. Ini menjadikannya enam kemenangan dari enam buah perlumbaan setakat ini. Juara bertahan, Jonathan Rea merupakan saingan paling sengit Bautista namun tidak mampu mengatasinya.
Category: WorldSBK 2019
Alvaro Bautista dan Ducati telah menyapu bersih perlumbaan pusingan pertama kejohanan WorldSBK 2019 di Phillip Island, Australia. Bautista memenangi perlumbaan pecut Superpole dan Perlumbaan 2. Bautista sekali lagi berjaya menjarakkan diri dari kelompok pesaing yang bertarung sesama mereka.
Alvaro Bautista dan jentera Ducati Panigale V4 R baharu telah mendominasi lapangan WorldSBK 2019 dalam perlumbaan pembukaan di Phillip Island, Australia. Dia berjaya menamatkan perlumbaan dengan perbezaan masa sebanyak 14.9 saat di hadapan Jonathan Rea. Terdapat empat pengeluar berbeza mengisi lima tempat teratas perlumbaan ini.
Alvaro Bautista dan Ducati telah meneruskan dominasi mereka pada hari kedua bagi ujian pra musim WorldSBK 2019 yang terakhir. Dia telah berjaya mencatatkan masa yang lebih pantas pada hari terakhir ujian, meletakkannya di hadapan para penunggang yang lain. Sekali lagi, lima tempat teratas telah diduduki oleh empat buah pengilang yang berbeza.
Bekas penunggang MotoGP, Alvaro Bautista tampil terpantas di atas motosikal Ducati Panigale V4 R pada hari pertama ujian pra musim terakhir WorldSBK 2019. Jentera Ducati tunggangan Bautista adalah salah satu daripada empat pengeluar yang berbeza dalam kedudukan Lima Teratas. Sesi ujian akan diteruskan esok.
Honda bakal menyahut cabaran WorldSBK musim 2019 dengan jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2. Pasukan Moriwaki Althea Honda yang baharu akan mendapat sokongan penuh pengilang berkenaan. Barisan penunggang pasukan ini terdiri daripada Ryuichi Kiyonari dan Leon Camier.