Model Kawasaki Ninja H2 SX SE adalah varian sport tourer bagi platform H2. Pada masa ini, ia merupakan motosikal sport tourer terpantas dan paling berkuasa. Ditetapkan pada harga RM136,900.
Category: Tunggang Uji
Motosikal Kawasaki Ninja ZX-10R SE 2019 ini mungkin tampak agak mirip pendahulunya, namun, ianya telah menjalani sejumlah rombakan semula. Selain daripada kepala silinder dan ‘valvetrain’, varian SE ini juga dilengkapi dengan suspensi separa aktif elektronik. Ianya sebuah jentera yang hebat untuk jalan raya dan juga di atas litar.
Kami telah berpeluang menunggang uji model KTM 790 Adventure dan KTM 790 Adventure R di Maghribi. KTM telah menggelar kedua-dua buah motosikal ini sebagai motosikal dwi-sukan paling berkebolehan untuk penunggangan ‘off-road’. Kami telah menunggang uji motosikal-motosikal ini di atas jalan raya dan juga di padang pasir.
Generasi terkini model Vespa Sprint 150 ABS telah dilancarkan pada tahun lepas bersama dengan saudaranya, model Primavera 150 dan GTS 300 SuperSport. Model Vespa paling sporty ini didatangkan dengan enjin satu silinder i-Get 155cc terkini yang menawarkan prestasi dan tahap penggunaan bahanapi yang memuaskan. Di sini kami ingin menjawab persoalan sama ada model Sprint 150…
Motosikal Honda CB1000R adalah model utama dalam rangkaian Neo Sports Café Honda. Ia menawarkan pengendalian yang hebat untuk penunggangan harian. Penunggang baharu dengan mudah boleh belajar menunggangnya dan tidak akan cepat berasa bosan.
Moto Guzzi Malaysia telah membina motosikal Moto Guzzi V9 Roamer Custom bagi menyerlahkan kebolehan pengubahsuaian motosikal berkenaan. Pengubahsuaian tersebut tidak mencacatkan tahap kebolehtunggangan dan jiwa model V9 Roamer itu. Sebaliknya, ia meningkatkan lagi perwatakan dan daya tarikan motosikal ini.
Motosikal Honda CB250R 2019 adalah sebuah model yang disasarkan untuk penunggang baharu dan juga yang berpengalaman. Ianya merupakan sebahagian daripada rangkaian Neo Sports Café Honda. Ia mengimbau kembali keseronokan sesuatu yang ringkas, mudah difahami, dan mampu milik.
Motosikal Ducati Scrambler 1100 Sport merupakan model utama dalam rangkaian Scrambler. Ia dilengkapi dengan pelbagai komponen yang tercanggih. Motosikal ini juga didatangkan dengan Kawalan Cengkaman Menyelekoh berasaskan IMU Bosch dan ABS Menyelekoh.
Motosikal Honda CRF1000L Africa Twin mengimbau kembali kenangan pada model Africa Twin tahun 90-an. Ianya merupakan tawaran Honda dalam pasaran motosikal dwi-sukan berkapasiti tinggi. Motosikal ini besar dan tinggi, dan ianya lebih cenderung untuk penunggangan ‘off-road’.