Motosikal Suzuki Katana baharu telah diperkenalkan dalam video usikan yang keempat dan yang terakhir. Nampaknya Suzuki telah mendapat pengajaran dari model Katana yang lebih kemudian dan telah kembali kepada rekaan asal motosikal tersebut. Motosikal ini akan dilancarkan secara rasmi sewaktu acara Intermot yang akan bermula pada 2 Oktober akan datang.
Category: suzuki
Musim acara pameran motosikal telah bermula untuk tahun ini. Pelbagai pengeluar telah mempersembahkan model terbaru mereka sebelum bermulanya pertunjukan-pertunjukan ini. Namun, ada banyak lagi yang masih belum diperkenalkan.
Suzuki Italia telah mempratontonkan jentera GSX-R1000 mengagumkan yang diliputi dengan karbon fiber. Motosikal ini dengan rasminya bergelar Suzuki GSX-R1000 Ryuyo, dan hanya akan dibina sebanyak 20 unit. Maklumat lanjut akan diketahui sewaktu pelancaran rasminya ketika pertunjukan motosikal EICMA 2018.
Suzuki telah mendedahkan motosikal konsep Katana yang baharu sewaktu acara pertunjukan motosikal EICMA 2017. Kini, pengeluar tersebut telah memuatnaik satu video usikan. Motosikal Suzuki Katana baharu dijadual akan diperkenalkan sewaktu Intermot pada 2 Oktober.
Suzuki Motorcycle Italia telah memuatnaik satu gambar model GSX-R1000 yang istimewa. ‘Hashtag’-nya itu tampak seperti mengandaikan yang ia akan membuat kemunculan sewaktu GP San Marino pada hujung minggu ini. Kami berharap yang ianya adalah model homologasi bagi siri perlumbaan WSBK musim 2019.
Suzuki telah memperkenalkan sebuah motosikal Buildbase Suzuki GSX-R1000R edisi yang amat terhad, di mana hanya 50 buah unit sahaja yang akan dibina. Motosikal ini diilhamkan dari jentera yang telah dikemudi oleh Bradley Ray, Richard Cooper, dan Billy McConnell dalam siri perlumbaan British Superbikes (BSB). Suzuki GSX-R1000R Buildbase ini disediakan di UK pada harga £19,999 (kira-kira…