Harga bagi model Suzuki Katana 2019 telah didedahkan di UK. Model Katana yang asal telah merevolusikan reka bentuk motosikal. Persoalannya, bilakah ia akan tiba di Malaysia?
Category: suzuki
Empat buah pengeluar telah mengeluarkan bantahan terhadap Ducati kerana menggunakan ‘winglet’ tayar belakang sewaktu pusingan MotoGP Qatar. Mereka berpendapat bahawa ianya menghasilkan ‘downforce’ untuk roda belakang. Ducati tetap bertegas bahawa yang ianya adalah untuk menyejukkan tayar.
Suzuki mungkin akan melengkapkan lebih banyak pemantul radar pada model mereka yang akan datang. Ini menjadikan motosikal lebih mudah dikesan oleh radar pada kenderaan berautonomi. Ducati dan KTM juga dalam usaha melengkapkan radar pada motosikal mereka.
Bekas penunggang MotoGP, Nobuatsu Aoki, telah menunggang sebuah motosikal Suzuki Katana yang baharu dalam video di bawah. Ini adalah video penuh pertama motosikal berkenaan sejak video usikannya sebelum ini. Kami masih lagi menunggu berita mengenai bila ianya akan diperkenalkan dan harganya apabila model ini tiba di Malaysia.
Team Suzuki Ecstar telah melancarkan jentera Suzuki GSX-RR 2019 bagi MotoGP musim 2019. Para penunggangnya adalah veteran pasukan Suzuki selama tiga tahun, Alex Rins dan penunggang rookie, Joan Mir. Motosikal GSX-RR 2019 telah dipertingkatkan dalam beberapa buah bahagian utama tanpa menjadkannya sebuah jentera serba baharu.
Suzuki tampak sedia untuk menggarapkan sistem pemasaan injap boleh ubah (VVT) baharu pada model GSX-R1000 baharu mereka. Sistem semasa menggunakan daya emparan. Sistem baharu ini mengikuti trend semasa menggunakan VVT yang diaktifkan secara hidraulik.
Model Suzuki GSX-750 merupakan cetakan biru bagi motosikal superbike moden. Namun, dengan pemansuhan piawaian Euro4, menghalangnya dan model GSX-R600 daripada dijual di Jepun dan Eropah. Buat masa ini, tiada pengganti yang telah diaturkan bagi kedua-dua buah model ini.
Riuh rendah internet apabila berita mengenai berakhirnya pengilangan model Suzuki Hayabusa tersebar. Pengeluar tersebut hanya menghentikan pengeluaran model Hayabusa yang patuh Euro4. Ini tidak bermakna bahawa tidak akan ada lagi model baharu pada masa yang akan datang.
Suzuki telah memperkenalkan motosikal Suzuki Katana 2019 di pertunjukan motosikal Intermot. Motosikal baharu ini menggabungkan elemen klasik model asal dengan idea yang baharu. Enjinnya adalah berdasarkan kepada model GSX-S1000F dan menghasilkan 147p.