Pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team telah dilancarkan hari ini. Ianya merupakan pasukan MotoGP pertama dari Malaysia dan juga bagi rantau Asia Tenggara. Penunggang pasukan ini terdiri daripada Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo. PETRONAS akan menampilkan sebuah pasukan dalam kejohanan Moto3, Moto2, dan MotoGP bagi musim 2019. Pasukan MotoGP berkenaan akan dikenali secara rasminya dengan…
Category: SIC Racing Team
Barisan penunggang untuk pasukan SIC-Yamaha-Angel Nieto-MotoGP Team bagi musim 2019 telah pun disahkan. Mereka terdiri daripada Juara Dunia Moto2 2017, Franco Morbidelli, dan penunggang Moto2 semasa, Fabio Quartararo. Berita ini telah disahkan oleh Pengarah Urusan Yamaha Factory Racing, Lin Jarvis.
Pasukan SIC Racing Team telah menemui penunggang tetap mereka yang baru dan ianya adalah Niki Tuuli, penunggang bagi siri perlumbaan WorldSSP dari Finland. Penunggang berusia 22 tahun itu telah memulakan kerjaya penunggangan WorldSSP-nya pada lewat tahun 2016 namun telah menunjukkan prestasi yang telah mengagumkan ramai orang. Ketua Pegawai Eksekutif Litar Sepang, Dato’ Razlan Razali yakin…
Ada berita telah melaporkan yang Zulfahmi Khairuddin telah memutuskan untuk bersara dari Moto2 dengan SERTA-MERTA. Baru sahaja menamatkan empat pusingan, penunggang rookie Moto2 itu mengumumkan persaraannya setelah menghadapi kesukaran untuk mempamerkan aksi dan keputusan yang memuaskan. Tiada lagi berita sama ada pasukannya akan meneruskan persaingan dengan penunggang gantian.
Zulfahmi Khairuddin telah memperkenalkan motosikal perlumbaan Moto2 Kalex terbarunya semalam di Litar Antarabangsa Sepang. Baru sahaja dipanggil bagi menunggang untuk pasukan SIC Racing Team, penunggang berusia 26 tahun itu tidak sabar untuk kembali berlumba dalam kategori kelas pertengahan paling berdaya saing di dalam dunia. SIC Racing Team telah bekerjasama dengan KBS Malaysia bagi menaja usaha…