Pada 14 Oktober lalu, PROTON mengesahkan salah seorang daripada kakitangan di Shah Alam telah positif Covid-19. Kini, pengeluar kereta nasional itu mengesahkan (dalam satu kenyataan media) susulan daripada satu kes itu, 49 kakitangan lagi telah disahkan positif Covid-19 dengan kesemuanya daripada Divisyen Kejuruteraan di Shah Alam. Sehubungan itu, Proton telah pun mengarahkan kakitangan bahagian perkhidmatan…
Category: proton
PROTON menggesa pemilik kereta jenis Proton Perdana untuk menukar beg udara Takata dengan kadar segera di pusat servis rasmi berdekatan. Model yang terkesan adalah unit yang dihasilkan di antara 2012 hingga penghujung 2018 dan pertukaran bag udara ini adalah sebahagian daripada inisiatif global. Tindakan ini adalah selaras dengan Laporan Maklumat Kerosakan (DIR) yang dikeluarkan Pentadbiran…
Seramai 258 kakitangan PROTON Shah Alam dan Tanjung Malim menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam satu majlis graduasi yang diserikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Dr. Mohd Rashid Buyong Hamzah dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato Radzaif Mohamed. Penganugerahan sijil tersebut menunjukkan komitmen PROTON dalam memastikan pembangunan pekerjanya di samping melahirkan…
Selepas julung kalinya Proton Persona dan Iriz ditayangkan kepada orang ramai di Pameran Auto Malaysia baru-baru ini, PROTON dengan rasminya melancarkan kedua-dua model dalam satu majlis gilang-gemilang yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam tadi. Kedua-dua model ini bukanlah model baharu, sebaliknya telah ditambah baik secara menyeluruh bagi memenuhi kehendak pelanggan PROTON. Ini…
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpeluang merasai jaringan 5G apabila dia menaiki kenderaan autonomi Proton Exora sambil ditemani Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, di Putrajaya, semalam. Kereta tersebut kemudian membawa mereka dari Istana Kehakiman ke Kompleks Perbadanan Putrajaya dengan jarak 100 meter. Perjalanan Tun Dr Mahathir dan Gobind turut ditemani drone dan…
PROTON telah melanjutkan usaha sama bersama PETRONAS Lubrincatns Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM), anak syarikat PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dan PETRONAS Lubricants Intertional (PLI) selama 10 tahun sekaligus memastikan penghasilan dan penghantaran produk pelincir berlangsung dengan lebih lancar. Perjanjian Pembekalan, Teknologi, Komersial dan Kerjasama Global (STCCA) telah disaksikan sendiri Ketua Wilayah bagi OEM APAC, Andrew…
PROTON menamatkan suku pertama 2019 dengan rekod kenaikan jualan baharu dengan 6,145 unit didaftarkan sekaligus mencatat kenaikan 2.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Meskipun model X70 baru sahaja dilancarakan namun jumlah pendaftaran dicatatkan amat memberangsangakan. Pada bulan Mac sahaja, sebanyak 2,979 unit telah didaftarkan sekaligus menjadikan X70 model SUV paling laris bagi bulan itu…
Setelah sekian lama, Proton buat pertama kalinya telah membuat pratonton kepada semua ahli media Malaysia. Seperti yang tertera di atas, nama bagi model SUV pertama dari Proton adalah Proton X70. Majlis pratonton kepada para media telah diadakan di Pusar Reka Bentuk Proton di Subang Jaya, Selangor.
Pusingan akhir bagi “Proton 1-Tank Adventure 2018” telah berakhir pada hujung minggu lalu. 31 buah kereta Proton telah menamatkan perjalanan sejauh 700km dari Kulai, Johor, menuju ke Seberang Perai, Pulau Pinang. Cabarannya adalah untuk memandu sejauh jarak tersebut dengan hanya satu tangki penuh bahanapi dan ke semua kereta berjaya menamatkan perjalanan tersebut.